Langkah Kehidupan Hamba Allah
This is me



Kembara Kehidupan Tentang Aku

"Semua penulis akan mati,
hanya karyanya yang akan terus abadi.
Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan
dirimu di akhirat nanti."
[Saidina Ali bin Abi Talib]



Let's Chat!

Photobucket


Followers


Thank You


sIApaKah iNsAn iTu???

Assalamualaikum...

      Sedang insan lain seronok bercinta dengan kekasih hati mereka, aku masih sendirian.. aku masih mencari siapakah insan yang akan ku berikan cintaku ini???
Namun,sikit pun aku tidak terkilan ataupun cemburu dengan mereka yang kini sedang bahagia bersama-sama dengan insan yang mereka sayangi malah aku turut rasa gembira melihat mereka bahagia dan aku doakan teman-teman ku akan terus bahagia bersama-sama dengan insan yang mereka sayangi.


     Tidak aku nafikan yang aku juga turut ingin merasa kebahagian itu tapi bila aku fikir akan hukumnya aku menjadi takut untuk melakukannya. Ya..aku sedar sebelum ini aku pernah menjalinkan hubungan yang belum tentu jelas di sisi Allah tapi itu dulu bukan sekarang,aku ingin berubah! berubah menjadi insan yang lebih baik dan mejadi muslimah yang SOLEHAH..insyaAllah..
Kehadiran dia dalam ku kini membuatkan aku semakin sedar bahawa dia hadir untuk berkongsi ilmu agama dengan ku, meskipun umurnya lebih bnyak dari ku namun itu tidak menjadi halangan untuk aku mendapatkan ilmu darinya.. Terima kasih Ya Allah kerana mengirimkan seorang insan yang sudi berkongsi ilmu dengan ku, kehadirannya dalam hidupku membuatkan aku sedar betapa ceteknya ilmu ku tentang agama islam,sangat cetek.. Aku sungguh berasa malu dengan insan itu tapi aku lagi malu pada-Mu Ya Allah..


      Hari ini aku berkongsi ilmu dengan insan itu dan ilmu itu ilmu yang kita sendiri pun tidak sedar akan hukumnya walaupun itu sering kita lihat. Soalan yang dia ajukan " Apakah hukum seorang wanita islam buka aurat dihadapan wanita yang bukan islam." dan " apakah hukum lelaki memakai inai"??? see..simple je kan soalan dia tapi mampukah kita menjawabnya dan situasi diatas sering berlaku disekeliling kita kn?
aku sendiri pun tidak mempu memberikan jawapan yang betul tapi disebabkan soalan inilah aku kini sudah tahu akn hukumnya. Aku amat berterima kasih pada insan itu dan aku sangat berterima kasih kepada Illahi kerana mengirimkan insan ini kepada ku.
Tidak aku nafikan aku menjadi semakin tertarik dengan keperibadiannya dan tanpa aku sedari aku mulai menyukai diri dia. Ya Allah..adakah salah perasaan ku ini???
Ya Allah aku takut.. Aku takut aku hanya bertepuk sebelah tangan saja. Ya Allah berikanlah petunjuk kepadaku tentang perasaan ku ini terhadap insan itu Ya Allah,adakah perasaan ku ini hanya sekadar suka akan keperibadiannya ataupun lebih dari itu???
Siapa yang tidak inginkan insan seperti dia, bagi aku dia sangat sempurna dimata ku.. dan aku yakin dia mampu untuk membimbing ku andai aku menjadi miliknya..
hahahaha...kuat sungguh aku berangan kan, aku terlalu kecil buat dia..aku tidak layak untuk dia dan aku sedar siapa aku dimata nya dia..
Alangkah indahnya jika aku menjadi miliknya =D

"Ya Allah jika dia benar untukku dekatkanlah hatinya dengan hati ku tapi jika dia bukan yang ditakdirkan untuk ku...redhakanlah hatiku dengan ketentuan-Mu.."