Langkah Kehidupan Hamba Allah
This is me



Kembara Kehidupan Tentang Aku

"Semua penulis akan mati,
hanya karyanya yang akan terus abadi.
Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan
dirimu di akhirat nanti."
[Saidina Ali bin Abi Talib]



Let's Chat!

Photobucket


Followers


Thank You


DuNia aKhiR zAmAn

Assalamualaikum...

      Alhamdulillah akhirnya aku selamat sampai di Melaka. Tak puas rasanya aku cuti rasa macama nak cuti lagi je..huhuhu.. Inilah manusia..tak pernah bersyukur dengan apa yang mereka perolehi,da bagi betis nak peha (!)
Tapi takpelah lagi beberapa minggu lagi aku cuti lagi ^^..hehehe..Utem ni kaye dengan cuti je..alhamdulillah ^^
Kali ni aku balik awal sehari sebab aku cadang nak study math dengan member aku Zati,aku nak minta tolong dia ajar aku almaklum la Khamis nie ada kuiz math tu pasal aku kelam sikit..hahha.. Aku harap sangat sem ni aku dapat pointer 3.5 keatas (penuhharapan) (!). Moga2 aku dapat tingkatkan lagi pencapaian aku dalam akademik. Aku nak keluar sebagai seorang siswazah yang bukan saja tahu dari segi teori malah dari segi praktikal juga aku boleh tu la gunanya aku masuk UTEM..hehehe


       Hari ini aku balik dengan N dan terserempak dengan 2 orang member aku,Diaorang nie baru je couple biasa la gelagat orang couple,faham2 je la.. Kalau couple mesti pegang2 tangan,peluk2 ke?? Aku tengok remaja sekarang ni hampir kesemua couple mcam tu yang bertudung labuh pun tak kurang hebatnya..inilah yang dikatakan dunia akhir zaman. Bukan aku nak mengata ke apa tp untuk menyedarkan aku sendiri tentang ini semua. Kenapa mereka begitu mudah sangat menyerahkan tubuh mereka dari disentuh oleh lelaki bukan muhrim sedangkan kau sendiri tahu akan hukumnya. Ye...tidak aku nafikan sungguh asyik dilamun cinta,asyik apabila lelaki membelai2 dri kita,memanjakan diri kita.. Tapi keasyikan itu hanya sementara saja,sanggupkah kau terseksa di sana buat selama-lamanya???


~Semoga Dia memelihara ku dari perkara2 mungkar..amin


Gadis..
Tidak sedarkah dikau

akan perbuatan mu itu?
Tidak sedarkah perbuatan dikau 
itu mampu menarikmu ke api neraka?
Sedarlah wahai gadis..

perhubungan yang kau wujudkan
itu tidak diredhai Allah..
sedarlah !!

Gadis..
janganlah kau begitu mudah
meyerahkan tubuhmu yang suci
kepada lelaki yang belum tentu menjadi
milik mu..
Mengapa kau begitu tegar
melakukan perbuatan terkutuk itu?
Aku tidak sanggup melihatnya !
Sedarlah wahai gadis..