Langkah Kehidupan Hamba Allah
This is me



Kembara Kehidupan Tentang Aku

"Semua penulis akan mati,
hanya karyanya yang akan terus abadi.
Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan
dirimu di akhirat nanti."
[Saidina Ali bin Abi Talib]



Let's Chat!

Photobucket


Followers


Thank You


HaDiaH pAlinG bEst uTk mAk aYah ♥

Assalamulaikum...


      Tinggal lagi beberapa hari je lagi cuti raya cina dan kami sebagai siswazah pasti akn pulang ke halaman rumah masing2 tapi ada juga yang stay asrama mungkin bagi mereka yang tak balik tu ada alasan tertentu sao itu hak dia nak balik ataupun tak. Kalau aku da dapat cuti seminggu macam nie sure la aku balik,mustahil utk aku tak balik. Tapi kalau boleh aku nak cuti ni aku nak rehat je..malas nak fikir soal2 assignment dan revision tapi disebabkan benda ni aku rasa sangat penting so nak tak ank aku kena buat juga,aku kena cuba untuk buat bnda2 nie lagipon ni semua untuk kebaikka aku juga =)


      Bercerita pula pasal rumah ni teringat plak kat mak ayah di sana.. Rindunya nak tatap wajah mereka..rindunya nak borak2 dengan mereka.. rindunya nak dengar suara mereka..uhhh...boleh dikatakan sumanya rindulah >.<  hehehe..
Aku cadang cuti kali ni mungkin aku akan balik awal ke Melaka sebab aku nak buat sikit revision dengan member aku..ermmm..kalau ikutkn hati malas rasenye nak balik awal tapi nak buat mcm mne aku ni bukannya pndai sangat so nk tak nak aku kena korban untuk capai kejayaan yang aku impikan..  
Alhamdulillah parents aku memahami kedudukan sebagai seorang siswazah dan mereka pun tidak menghalang ku untuk pulang awal... 


" tak pe aina..nie suma untuk kebaikkan kau,kau ingt lagikan inpian kau? Buktikan yang kau boleh capainya " kataku di dalam hati.


terima ksih mak ayah sebab memahami aina =)  
InsyaAllah aina cuba sedaya upaya untuk mencapai kejayaan yang aina impikan dan aina akan pastikan mak dengan ayah bangga dapat anak macam aina nie.. Kejayaan yang aina gapai ni semuanya untuk mak dengan ayah.. Aina xkan bagi sesapa pon pandang rendah terhadap ank2 mak dengan ayah.. InsyaAllah.. :)

        Namun ada sesetengah ibu bapa yang sukar memahami keduduakan anak2 mereka sebagai seorang siswazah yang tidak pulang ke rumah tme cuti ataupun hanya pulang sebentar meskipun cutinya itu panjang tapi kita tidak boleh salahkan mereka mungkin mereka tidak pernah tahu akan kehidupan sebgai seorang siswazah. Mungkin juga mereka rindukan anak-anak mereka sebab itu mereka tidak dapat memahami kedudukan anaknya sebagai pelajar. Jadi kita sebagai anak seharusnya tidak terlalu tertekan dengan sikap ibu bapa yang sebegitu sebaliknya berbanggalah kamu kerna mereka masih inginkan mu di depan mata mereka dan masih belum puas menatap wajah mu untuk melepaskan rasa rindu mereka terhadap mu..  dan Sungguh ku katakan kalian sangat beruntung kerna memiliki ibu bapa sebegitu dan aku juga sangat beruntung sebab memiliki ibu bapa yang memahami situasi ku dan sentiasa menyokong keputusan yang baik untuk ku..
Sementara kita kasih berpeluang menatap wajah mereka tataplah sepuas-puasnya kerna mungkin itulah kali terakhir kita bertemu dengan mereka dan janganlah sesekali meninggikan suara kita terhadap mereka.. Hormatilah, kasihlah, sayangilah, cintailah mereka seperti mana mereka cintai kita =)
Mana ada ibu bapa yang tidak menyayangi ank2 mereka, mungkin kadang2 cara mereka mengongkong kita membuatkan kita rasa tidak disyangi.. Tolonglah kalian sedar bahawa sikap mereka sebegitu bukan tidak menyayangi kita malah ia sebaliknya.. Janganlah kita menjadi anak yang derhaka terhadap ibu bapa kita sendiri kerna ianya tiada syurga bagi mu..


renung2kan kata-kata ini :


ツ Bila mak kata dia teringat..kita jawab kita sibuk sangat.. ツ Bila ayah kata dia rindu..kita jawab nantilah hujung minggu.. ツ Bila mak minta kita pulang..kita jawab kita belum lapang.. ツ Bila ayah minta kita singgah..kita jawab kerja kita belum selesai.. ツ Bila hati kita terguris..kita kata “Mak memang tak pernah faham” ツ Bila hati kita terhiris..kita kata “Ayah memang tak ambil kisah” TETAPI… ツ ...Bila hati mak kita terguris..mak kata “Tak apa,dia masih muda” ツ Bila hati ayah kita terhiris..ayah kata “Tak mengapa,belum sampai akalnya” ツ Bila kita menangis tanda lapar..mak berlari hingga bagai hilang kaki… ツ Bila kita merintih tanda derita..ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena… ツ Bila kita sedih kerana gagal..mak setia membekalkan cekal… ツ Bila kita pilu kerana kecewa..ayah teguh berkata dia tetap bangga… ♥ Maka,hargailah dan sayangilah selagi mereka masih ada di dunia ♥


       See...kita sendiri boleh lihat sejauh mana kasih sayang ibu bapa kita terhadap kita masihkah ini tidak cukup untuk membuktikan kasih sayang mereka terhadap kita???
Sedarlah wahai teman-teman ku.. kalian tidak akan wujud di muka bumi Allah ini jika bukan kerna ibu bapa kalian..sedarlah !!! 
Sayangilah ibu bapa kita, jadilah anak yang soleh/solehah dan jangan sesekali menconteng arang di muka ibu bapa kita. Mohonlah pada Dia agar Dia turut menyanyangi ibu bapa kita seperti mana mereka menyayangi ku sejak kecil lagi.. Berilah hadiah yang paling best utk ibu bapa kita, tidak perlukan nilai yang tinggi cukup sekadar kesungguhan kita dalam setiap ibadah kita..



Yess...itulah hadiah yang sangat berharga buat mereka iaitu doa buat mereka !!!
Jika kita sayangkan ibu bapa kita, doakanlah buat mereka setiap hari :)

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
” Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”






p/s : Jadilah anak yang sentiasa menjadi kebangaan ibu bapa kita dan jangan sesekali mengheret ibu bapa kita ke neraka disebabkan dosa yang kita lakukan...