Langkah Kehidupan Hamba Allah
This is me



Kembara Kehidupan Tentang Aku

"Semua penulis akan mati,
hanya karyanya yang akan terus abadi.
Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan
dirimu di akhirat nanti."
[Saidina Ali bin Abi Talib]



Let's Chat!

Photobucket


Followers


Thank You


♥ tHaNk yOu Allah ♥

Assalamualaikum...


       Syukur Alhamdulillah akhirnya selesai juga satu assigment dan lagi satu assigment bakal selesai..hehe.. Lapang sikit fikiran ni...kalau tak asyik dok pikir assignment je...huhuhu..
Dalam masa yang singkat ni aku masih berkesempatan untuk memerah otak ku ni untuk mencipta sebuah puisi yang ada kaitannya dengan keadaan ku semenjak dua menjak nie.. Cadangnya semalam aku nak update blog ni tapi disebabkan kesuntukkan masa semalam so..aku curi2 masa untuk updatekan malam ni juga =)


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Hari demi hari..
Aku lalui dengan penuh kesabaran..
pelbagai cubaan yang Engkau berikan
hingga aku terasa..
sangat berat untuk aku pikulnya..
telalu bnyak perkara yang aku fikirkan
hingga aku terasa ingin rebah
di bumi Mu ini..

Hinggalah tibanya waktu
waktu dimana aku tiada daya untuk
ku bangkit..
namun..
aku gagahkan jua untuk bertemu dengan Mu..
ditikar sejadah kita bertemu..
hanyalah diantara Kau dan Aku...
segala rasa yang kurasai
kuluahkan kepada Mu..
titisan air mata menjadi saksi
kelemahan ku di depan Mu..

Sungguh ku katakan..
aku benar-benar tiada daya
untuk hadapi ini semua..
ianya berlaku terlalu pantas
terlalu cepat..
aku masih belum bersedia 
menghadapi ini semua..
hanya pada Mu saja
tempat ku melepaskan segala
resah di jiwa ku..
aku sungguh berterima kasih 
pada Mu..
kerna Kau sentiasa ada
dikala aku duka mahupun suka..
terima kasih Ya Allah..
kerna telah memberikan aku kekuatan
untuk menghadapi ini semua..
terima kasih juga kepada Mu
kerna Kau memberikan ku
ketenangan ketika ku
bersujud kepada Mu..



Ya Allah segala apa yang 
ku rasa kini...
semuanya datang dari Mu..
ketenangan..kegembiraan dan 
kesenangan semuanya datangnya
dari Mu..
Alhamdulillah perasaan ku kini
kian pulih..
pulih dari segala kecelaruan duniawi..
Hanya Kau yang tahu apa 
yang ku rasa kini..

.:: Allah pemilik hati. Dia berhak membolak-balikkan hati kita,kerna kita milik-Nya ::.