Langkah Kehidupan Hamba Allah
This is me



Kembara Kehidupan Tentang Aku

"Semua penulis akan mati,
hanya karyanya yang akan terus abadi.
Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan
dirimu di akhirat nanti."
[Saidina Ali bin Abi Talib]



Let's Chat!

Photobucket


Followers


Thank You


mEndaMbAkAn cInTa IIILAHI ~ ♥

Assalamualaikum...


      Hari yang penuh dengan keberkatan ini aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi.. Syukur alhamdulillah kerana Dia masih memberi aku peluang untuk hidup di atas muka bumi Nya ini dan masih memberi aku kesempatan untuk memohon keampunan kepada-Nya. Terlalu banyak nikmat yang Dia telah berikan kepada ku serta hamba-hamba-Nya yagg lain cuma kadang2 tu kita sendiri leka dengan keseronkkan duniawi. Dia menghantar kita ke dunia ini untuk menguji setiap iman hamba-hambaNya dan Dia juga ingin melihat sejauh mana kita mensyukuri dan tahu menghargai nikmat-nikmat yang telah Dia berikan kepada kita. Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmahnya dan kita juga perlu tahu setipa ujian yang menimpa diri kita semua itu adalah dugaan buat kita semua. Jadi janganlah kita menyalahkan takdir kerana itu seolah-olah kita menyalahkan Maha Pencipta kita. Dia beri dugaan pada kita itu adalah tanda kasih dan sayangnya Dia terhadap kita. Meskipun kita bersendirian di atas muka bumi Allah ini tapi Dia sentiasa ada bersama-sama dengan kita meskipun kita tidak dapat melihat kehadiran-Nya namun kita perlu yakin dan percaya bahawa Dia sentiasa ada memerhati dan melindungi kita. 
       Ada ke insan yang sanggup melakukan perkara sebegitu terhadap kita, yang sentiasa ada buat kita, yang sentiasa melindungi kita, yang sentiasa mendengar rintihan hati kita dan yang paling penting dia tidak pernah jemu menanti TAUBAT dari hamba-hambanya. Jika manusia pun mempunyai perasaan rindu Allah juga turut merasa rindu terhadap hamba-hambanya. Tapi macam mana kita nak tahu Dia merindui kita???
Kalau kalian semua nak tahu jika Allah  merindui kita dia akan memberi dugaan kepada hamba-hambanya, dia sangat merindui suara hamba2nya memohon dan mengadu kepada-Nya. Tetapi kita sering kali lupa kepada Dia, saat kita sedih, susah baru kita cari Dia tapi bila senang, gembira mulalah kita lupa kehadiran dia. Terukkan kita  nie..urmmm... ='(
Marilah kita berusaha meraih cinta Illahi, cinta sejati dan cinta yang kekal abadi. Dan aku... masih berusaha meraih cinta Illahi..InsyaAllah =)


p/s: Jika kita cintakan manusia..
tidak semestinya manusia mencinta kita..
tetapi jika kita mencintai Allah
sudah pasti Allah turut mencintai diri kita =)