Langkah Kehidupan Hamba Allah
This is me



Kembara Kehidupan Tentang Aku

"Semua penulis akan mati,
hanya karyanya yang akan terus abadi.
Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan
dirimu di akhirat nanti."
[Saidina Ali bin Abi Talib]



Let's Chat!

Photobucket


Followers


Thank You


♥♥ miLiKi sEbuAh CinTa ♥♥

Assalamualaikum...


      Baru beberapa minit yang lepas aku selesai baca cerpen dalam ILUVISLAM, tajuknya mengenai " memiliki cinta ". Cerpen ini mengisahkan tentang seorang insan yang mengiginkan dirinya dicinta dan mencintai tetapi disebabkan paras rupanya tidak secantik seperti teman-temannya yang lain namun janganlah kita mengeluh dengan takdir yang telah di tetpkan oleh-Nya. Kita sebagai hamba Allah harus bijak memilih cinta. Janganlah kita menyentuh hati insan yang cintanya hanyalah berdasarkan nafsu semata-mata, milikilah cinta yang di redhai oleh Dia yang Maha Berkuasa. InsyaAllah..cinta yang diberkati oleh Allah pasti memperolehi kebahagiaan yang hakiki dan memiliki cinta sejati kerana kita mencinta insan itu kerana Allah =)


      Buat kalian yang belum temui cinta mahupun pasangan usahlah berduka, usahlah bersedih. Yakinlah setiap hamba-hambanya Dia telah menetapkan jodoh masing-masing di Luh Mahfuz. Mungkin sekarang Allah sembunyikan jodoh kita itu untuk kita meraih cinta Illahi terlebih dahulu dan bila tiba saatnya nanti pasti akan muncul untuk dia mencari tulang rusuknya yang hilang. Jadi, yakinlah dengan jodoh yang telah Allah tetapkan buat kita, Allah itu sangat menyayangi hamba-hambanya oleh itu Dia telah menetapkan setiap dari kita pasti memiliki pasangan masing-masing, Dia tidak mahu melihat kita bersendirian menjalani kehidupan di atas muka bumi Dia ini. Aku tertarik pesanan yang disampaikan dalam cerpen ini :


" Kita haruslah sentiasa mencuba berusaha mengubah diri ke arah lebih baik. Sesungguhnya sang soleh sentiasa akan mengintai-intai sang solehah untuk dijadikan bidadari dalam hidupnya untuk dibawa pula terbang abadi hingga syurga-Nya..."


"Duhai muslimah yang dikasihi Allah S.W.T tidak perlu gusar dan mengeluh andai dirimu masih belum dilamar. Teruslah 'mensolehahkan' dirimu, teruslah bermujahadah menjadi hamba-Nya yang terbaik, yakinilah dengan janji-janji Tuhan, jangan pernah berhenti berdoa dan berharap kepada-Nya. Yakinilah, suatu hari kelak kamu kan memperoleh imam yang terbaik buatmu, sebaik dan seindah akhlakmu jua."




p/s : JODOH adalah rahsia ALLAH...
brusahalah untuk mnjadi yg tbaik smga kta
 dpertemukan dgn yg tbaik...InsyaAllah...