Langkah Kehidupan Hamba Allah
This is me



Kembara Kehidupan Tentang Aku

"Semua penulis akan mati,
hanya karyanya yang akan terus abadi.
Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan
dirimu di akhirat nanti."
[Saidina Ali bin Abi Talib]



Let's Chat!

Photobucket


Followers


Thank You


♥ Rindunyaa ♥

Assalamualaikum...


Hari ini aku dapat perkhabaran sedih dari kedua-dua orag tua ku.. Perkhabaran apakah?
kalian ingat lagi tak entry aku yang sebelum ni tentang  seorang  jiran aku yang kena strok?
Kalau kalian ingin tahu jam 8 pagi tadi, jiran aku tu telah kembali kerahmatullah.. Innalillahiwanillahirajiun..
Allah lebih menyayangi dirinya, mungkin ini adalah jalan yang terbaik untuk dia kerana dari dia menaggung penderitaan yang amat sakit. Mudah-mudahan dia ditempatkan dalam golongan-golongan orang yang beriman.

Semenjak dua menjak ni aku asyik busy dengan assignment, quiz, test dan macam2 lagi sehingga aku sendiri tidak sedar yang aku sudah lama tidak menghubungi keluarga ku.. Baru hari ini aku tergerak hati untuk menghubungi mereka..tup..tup aku dapat perkhabaran itu. Ya Allah…sungguh aku tidak menghargai kehadiran orang tua ku, sanggup aku melupkan mereka disaat aku kesibukan, sedangkan mereka sentiasa mengingati aku. Teruknya aku nie!!! Anak macam apa aku nie??? =(

Mak ayah..aina mintak maaf kerana sudah lama aina tidak menghubungi ayah dengan mak. Seminggu sekali aina baru hubungi ayah dengan mak..teruknye aina nie!!

Mungkin kalian menganggap ini hanyalah perkara biasa tapi bagi aku tidak! Kita sebagai anak terutama yang belajar jauh dari ibu bapa, kita seharusnya sentiasa menghubungi mereka. Janganlah sampai mereka berasa rindu terhadap kita dan menunggu panggilan dari mereka baru kita nak mengingati mereka. Berdosa tau tak ! Kalian sanggup ke jadi anak derhaka?  Aku tak sanggup, aku nak jadi anak yang solehah..anak yang sentiasa menyayangi ibu bapanya.. anak yang sentiasa mendoakan ibubapanya. Bagi insan yang sentiasa menghubungi ibu bapa kalian thumb up buat kalian, tak semua anak mampu melakukan perkara sebegitu terutama jika anak itu sentiasa busy dengan kuliahnya, kerjanya dan busy melayan special BF/GF. Ada sesetengah di antara remaja kini sering melebihi layanannya terhadap BF/GF mereka, sanggup hubungi pasangan setiap hari, message setiap hari. Tapi bila kredit habis barulah sibuk-sibuk call mak ayah minta tolong topup kn. Kenapa tak mintak kat pasangan kalian tu?? Kalian yang habiskan kredit buat pasangan kalian tapi kenapa mesti mintk pada mak ayah??

Inilah sikap yang sering berlaku dalam kalangan remaja masa kini. Lebih mengutamakan pasangan yang belum tentu menjadi miliknya dari ibu bapa yang telah membesarkan mereka sedari kecil lagi. Aku Cuma ingin mengingati kalian dan diri ku juga. Kita sebagai anak mestilah sentiasa mengingati ibu bapa kita disaat susuh mahupun senang dan sentiasalah mnedoakan kesejahteraan buat mereka tapi jangan lupa juga pada Maha Pencipta. Dok selalu ingat mak ayah sehingga terlupa pada Pencipta kita, janganlah sampai macam tu sekali ye.. =)
Tak silap aku dekat 3 minggu aku tak balik rumah, ikutkan hati memang nak balik tapi disebabkan ada banyak assignment, quiz la, presentation la.. menyebabkan aku terpaksa pendamkan hasrat hati untuk pulang ke rumah. Dah start rasa rindu mencengkam jiwa ni..huhu..
Rindulah kat mak ayah, rindu nak borak2 dengan mak dan rindu nak ambik mak dari tempat kerja =(
Kan bagus mak dan ayah datang sini tapi aku tapi aku tak nak susahkan mereka, mungkin bagi kalian dari KL ke Melaka tak jauh mana tapi penatkan kalau kita drive sorang2 dan hanya ke sini dalam masa sehari je.. itulah yang aku selalu fikirkan, aku tak nak mereka susah-susah datang ke sini semata-mata aku hanya rindukan mereka. Sepatutnya aku yang pergi jeguk mereka bukan mereka jenguk aku lainlah kalau memang rumah aku dekat Melaka ni. Tak apalah kerinduan aku terubat bila aku hubungi mereka, sekurang-kurangnya dapatlah kurangkan sikit rasa rindu ni terhadap mereka =)

“ Ya Allah aku rindukan ibu bapa ku..kau kirimkanlah rasa rindu aku ini kepada mereka. Engkau lindungilah mereka dan Kau kasihlah mereka seperti mana mereka mengasihi ku sejak kecil lagi..amin”


p/s: Jadilah anak yang soleh/ solehah
ganjaran yang hebat menanti mu..