Langkah Kehidupan Hamba Allah
This is me



Kembara Kehidupan Tentang Aku

"Semua penulis akan mati,
hanya karyanya yang akan terus abadi.
Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan
dirimu di akhirat nanti."
[Saidina Ali bin Abi Talib]



Let's Chat!

Photobucket


Followers


Thank You


tAbAhKan HaTi mU...

Assalamualaikum..

       Baru saja aku menerima panggilan dari seseorang. Tapi mengapakah dia menghubungi ku?? Dia ingin bertemu dengan ku? tapi kenapa?
Maaf kerna aku tidak bisa bertemu dengan mu bukan aku tidak mahu tapi di sebabkan ada kengkangan yang tidak dapat aku elakkan, maaf kan aku..
Kenapa dengan suara mu?suara yang penuh dengan kesedihan?
Apa?? hati mu kini kian terluka...

      Sungguh aku tidak menyangka begitu dalam luka mu, begitu perit yang kau lalui selama 4 tahun kau bersama-sama dengan insan yang kau sayangi. Sungguh aku tidak percaya kau begitu sabar dan tabah menghadapi dugaan yang Dia berikan kepada mu. Kau sanggup melukakan hati mu sendri demi melihat si dia bahagia, kau sanggup menutup mata mu dari melihat kesilapan-kesilapan yang dia lakukan terhadap mu dan kau masih kuat untuk terus mencintai dirinya. Tapi sampai bila kau harus lalui dan sampai bila kau sanggup biarkan hati kecil mu itu terus dilukai oelh si dia???
Aku sangat mengagumi diri mu kerna kau masih setia, kau masih tetap mencintainya walaupun dia ada insan lain tapi aku mohon kepada mu jangan lah kau terus-terus menjadi hamba cinta si dia. Sungguh aku tidak sanggup melihat kau semakin terluka. Ya aku tahu..aku tidak terlalu mengenalimu berbanding dengan teman-teman mu yang lain tapi aku mengerti apa yang kau rasai kini sangat memeritkan hatimu...

       Aku tahu kau kuat menghadapi dugaan ini kerna apa aku katakan begitu? kerna sehingga sekarang kau masih mampu lagi bertahan dan masih mampu lagi meneruskan hidup mu walaupun bayangnya selalu menghiasi ruang mata mu. Jangan sesekali membenarkannya memijak-mijak maruah mu, jangan sesekali kau tunduk akan kemahuannya. Cukuplah dulu kau menjadi hamba cinta dia, cukuplah dulu kau berkorban untuk kepentingan dirinya dan cukuplah kau terus melukai perasaan mu sendiri.  Janganlah kau menjadi hamba cinta manusia, jadilah hamba cinta Illahi kerana Dia lebih layak berbanding dengan manusia yang sering lupa, yang tidak tahu menghargai  cinta ikhlas mu yang mencintai dirinya. Buat mu, aku mohon kau tabahkan lah hati mu agar tidak mudah kau gugurkan air mata mu hanya buat insan ynag tidak tahu menghargai cinta ikhlas mu..
Sayangnya dia…kerana apa? Kerana dia tidak tahu nilaikan yang mana kaca, yang mana permata. Kenapa kau terlalu baik terhadap insan yang sering kali melukai perasaan kecilmu? Kenapa kau masih mengharapkan dia sedangkan insan itu belum tentu mengingati diri mu.
      Sungguh aku tidak sanggup melihat kau terseksa hanya kerana seorang perempuan, Tegarkah kau melukai perasaan seorang ibu hanya kerana ingin mempertahankan  cinta mu terhadap si dia?
Janganlah kau butakan mata mahupun perasaan kau terhadap si dia. Bukalah mata hati mu untuk menilai dirinya yang sebenarnya. Dia hanya memanfaatkan mu !
Kau terlalu baik untuk dia, dia tak layak menerima layanan seperti mana kau perlakukan terhadap dia sedangkan dia hanya perlukan kau saat dia memerlukan pertolongan, saat dy susah.. tapi bila dia gembira, pada siapakah yang dia akn berkongsi cerita?? Yang pasti bukan kepada mu. Kau sendiri yang memberitahu ku akan layanannya terhadap mu, bila kau mendengarnya aku tidak percaya, sukar untuk aku mempercayainya kerana apa? kerana rupanya tidak setandin dengan perangainya seperti itu.



     Selepas kau bertemu dengan insan yang mampu mengubati diri mu, kini terjawab sudah akan kesemua persoalan yang bermain-main di minda mu dan masih sanggupkah dikau menanti dan mengharapkannya lagi?
Andai satu saat nanti dia ingin kembali kepada mu aku berharap sangat janganlah kau paling kembali kepada nya lagi dan janganlah kau melukai hati insan yang mencintaimu seikhlas nya.. Kau juga pernah berpesan kepada ku janganlah mempermainkan hati insan yang mencintai mu seikhlasnya dan akan ku ingat pesanan mu itu. Aku mengerti kau sangat mencintainya tapi aku mohon kepada mu janganlah kau tutup mata mu, jangan kau pekakkan telinga mu tentang dirinya. Dan aku berharap sangat kau akan memberi peluang kepada hati mu untuk menerima insan lain, aku tidak minta kau lupakan si dia tapi aku cuma minta untuk kau bukakan hati mu untuk insan yang mencintai diri mu. Memang susah untuk kita lupakan insan yang kita sayang apatah lagi untuk membenci dirinya tapi janganlah kau menaruh apa2 lagi harapan mu terhadap dia kerna kelak kau akan terluka lagi.

        Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kekecewaan dan dikecewakan walaupun itu bukan matlamat dalam percintaan. Sabarlah duhai hati, aku tahu kau kuat mnegharungi dugaan yang Dia berikan kepada mu. Allah sentiasa bersama-sama dengan hamba-hambanya, mohonlah kekuatan dan ketabahan kepada-Nya.  Tabahkan hati mu, kuatkan jiwa mu, aku yakin kau mampu harunginya =)

p/s : Cinta bukan pilihan tapi
cinta itu ketentuan-Nya