Langkah Kehidupan Hamba Allah
This is me



Kembara Kehidupan Tentang Aku

"Semua penulis akan mati,
hanya karyanya yang akan terus abadi.
Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan
dirimu di akhirat nanti."
[Saidina Ali bin Abi Talib]



Let's Chat!

Photobucket


Followers


Thank You


InDahnYa pErsAhaBataN ♥‿♥

Assalamualaikum...


Syukur alhamdulillah akhirnya aku kini sudah menamatkan pengajian bagi tahun satu..haha bru tahun stu ye bknnye tamat pengajian untuk diploma. Pejam celik..pejam celik tahun satu sudah berlalu, cepat sungguh masa berlalu dan banyak memori indah dan duka yang terjadi dalam hidup aku sepanjang perjalanan aku di universiti. Ramai kawan-kawan yang aku dapat, syukur alhamdulillah semua kawan2 yang aku rapat baik. =)
Kalau aku nak cerita satu persatu yang berlaku sepanjang tahun satu aku rasa tak ckup untuk aku habiskan malam nie.. Cukuplah sekadar entry2 yang aku dah aku ceritakan sebelum ni..
Khas untuk teman-teman ku di UTEM
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Teman...
Jejaknya kaki ku di sini
untuk ku mencari ilmu
dan untuk ku mengapai impian
yang selama ini ku inginkan
disini jua ku bertemu dengan
kalian..
disini jua ukhwah kita terjalin..
dan di sini jua segala memori
terukir..


Teman..
berdirinya kita disini
dengan satu matlamat
dengan satu impian..
beradanya kita disini
segala onak duri
kita tempuh
kita harunginya
dengan penuh ketabahan
meskipun air mata sering 
peneman kita..
namun..
kerna air mata itu jua
kita masih mampu untuk
berdiri di sini..
Teman..
kita tidaklah bersendirian..
kita dikelilingi teman-teman yang lain
dan Dia jua sentiasa ada
buat hamba-hamba-Nya
usahlah kita mudah berputus asa
dengan apa jua cabaran yang
menghadapi kita
dengan dugaan
ianya mematangkan kita
dengan dugaan
ianya mendewasakan kita
usah mengeluh..
ada hikmah disebalik dugaan itu


Teman..
kita bertemu kerana Allah..
kita berpisah jua kerana Allah..
insyaAllah dengan izin-Nya
kita akn bertemu lagi..
semoga ukhwah diantara kita
semakin kukuh dan utuh..
semoga jua tahun akan datang
menjadi lembaran baru buat kita semua
insyaAllah..


mood : sebak =')
p/s: meskipun kita berjauhan
namun hati ku tetap b'sama dgn kalian