Langkah Kehidupan Hamba Allah
This is me



Kembara Kehidupan Tentang Aku

"Semua penulis akan mati,
hanya karyanya yang akan terus abadi.
Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan
dirimu di akhirat nanti."
[Saidina Ali bin Abi Talib]



Let's Chat!

Photobucket


Followers


Thank You


kEhAdiRan DiRi mU (◕‿◕ ✿)

Assalamualaikum...


        Bahagiakan bila ada insan yang menyayangi diri kita 
dan bahagia juga kan jika ada insan mengambil berat 
terhadap diri kita ini. 
Inilah yang aku rasai kini..
perasaan bahagia..
perasaan gembira..
tapi siapakah insan itu?

cukuplah aku mengatakannya
dia hanyalah seorang insan yang
mengelarkan dirinya sebagai abang
Oppss...jangan salah faham faham pula!
Abang yang aku maksudkan bukanlah 

"abang sayang"
tapi aku menganggapnya seperti abang ku sendiri

kerana apa?
kerana aku tidak pernah memiliki seorang insan
yang bergelar abang.


Aku akui..
aku teringin sangat memiliki seorang abang
sumpah aku sangat teringin
aku sendiri pun tidak tahu mengapa.
mungkin bagi aku memiliki seorang abang 
seolah-olah ada insan yang akan sentiasa
melindungi ku, menyayangi ku..
serta sentiasa menasihati ku.
aku lihat teman-teman ku yang menceritakan
tentang abang mereka
membuatkan aku rasa sangat cemburu
hahaha..terukkan aku ni..
urmm..api itulah hakikat yang aku rasa selama ini.


Terima kasih abang..
kerana sudi menganggap diri ku 
ini sebagai adik mu sendiri
meskipun kau sememangnya
mempunyai adik kandung mu sendiri
namun..
kau masih tetap sudi menggangap ku sebagai
adik kandung mu..
dengan layanan yang kau berikan kepada ku
membuatkan aku rasa seolah-olah
kau adalah abang kandung ku sendiri
ahh..tapi tu semua mustahil untuk terjadi
tidak mengapalah..
cukup kau sudah menganggap dan melayani aku
seperti adik mu
itu sudah cukup memadai bagi ku..
Terima kasih banyak-banyak
ku ucapkan
InsyaAllah aku akan sentiasa
mengingati segala
nasihat yang kau berikan kepada ku selama ini
dan terima kasih sekali lagi
kerana kau sudi berkongsi cerita mu
kepada ku..
tapi maaf..
aku tidak dapat membantu mu
duhai abang
hanya iringan doa yang mampu
ku berikan kepada mu..
semoga kau akan mengecapi
kebahagian yang kau inginkan
selama ini..
usahlah bersedih..
usahlah berduka..
ramai insan yang berada disisi mu
yang menyokong mu
yang menyayangi mu
termasuk diri ku ini..
aku sentiasa ada buat mu
seperti mana kau sentiasa ada buat ku..


p/s: Kasih sayang seorang abang 
terhadap adiknya
dapat dilihat dari pergerakan
bahasa tubuhnya..=)