Langkah Kehidupan Hamba Allah
This is me



Kembara Kehidupan Tentang Aku

"Semua penulis akan mati,
hanya karyanya yang akan terus abadi.
Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan
dirimu di akhirat nanti."
[Saidina Ali bin Abi Talib]



Let's Chat!

Photobucket


Followers


Thank You


SenYumLah WaHai HaTi (◕‿◕)

Assalamualaikum...

Hai blog..dah lamakan aku tak update story dalam ni. Aku tak tahu nak update apa tapi hari ni aku dapat idea dan aku ada story tentang seorang rakan ku yang bernama teeeeetttt...sorie I can't mention my friend's name =)
Sebenarnya kawan aku ni dah lama putus cinta dengan makwe dia dan sampai sekarang dia masih bersedih, tak tahu lah sedih sebab ex dia or ada sebab lain tapi aku tak suka tengok member aku sedih lama2. Untuk apa kita bersedih lama-lama walaupon kita punya alasan yang kukuh untuk sedih tapi sampai bila? Ukirlah senyuman meskipun kita punya alasan untuk bersedih..
Cinta bukanlah segala-galanya dan jika kita bersedih dengan takdir yang telah ditentukan oleh kita kelak kita telah merosakkan kebahgiaan yang datang dalam hidup kita.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saat kita menempuh onak duri dunia
derita mencuit hati

hati remuk menangis tiada henti
kesedihan terus menerus menyapa
rasa hati
saat itu sabar tidak kenali

dalam terharu air mata
yang selama ini tersembunyi

akhirnya tertumpah jua

Wahai hamba Illahi.
itulah namanya kehidupan
sesekali kita tidak menjangka
apa yang Dia aturkan buat kita
adakalanya kita tersangat gembira
dan adakalanya kita tersangat kecewa..
Namun..
usahlah kita risau
kerana Allah itu Tuhan kita
Tuhan yang Maha luas kasih sayangNya
percayalah Allah tidak akan menduga
hamba-hambaNya
kecuali untuk melihat hamba-hambayNya
tersenyum disana..
tertawa disana
berbahagia disana
InsyaAllah di Syurga

Wahai hamba Allah..
jangan bersedih kerana melalui
kesedihan kelmarin..
kesedihan demi kesedihan
yang bakal membuatkan kau 
semakin terperuk dalam
keputusasaan..
dan jangan kerna kesedihan
air yang manis menjadi pahit..
dan makanan yang lazat terasa hambar..


Wahai hamba Allah..
lihatlah disekeliling mu
dan teguhkan pendirianmu..
sepanjang hidupmu..
jangan biarkan air mata kesedihan
menemani hayatmu..
Bangkitlah..
ukirkan senyuman mu..
carilah kebahagiaan mu..
Jangan biarkan hidupmu
dikuasai dengan rasa sedih..
raihlah kebahagiaan yang Dia
sediakan buat mu..

mood : sebak
p/s: You dont know everything...
but
Allah know everything..