Langkah Kehidupan Hamba Allah
This is me



Kembara Kehidupan Tentang Aku

"Semua penulis akan mati,
hanya karyanya yang akan terus abadi.
Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan
dirimu di akhirat nanti."
[Saidina Ali bin Abi Talib]



Let's Chat!

Photobucket


Followers


Thank You


kAu SeNtiaSa di HaTi

Assalamualaikum...
Ku pejam mata ini..
wajah itu menjelma..
aku bangkit..
wajah itu hilang..
ku pejam sekali lagi..
dia datang kembali..
menitis air mata ini..
sungguh aku rindukan
wajah itu..
sangat merinduinya..


aku masih ingat setiap detik
dengan mu..
tidak mampu ku padamkan
memori-memori indah itu..
meskipun ianya begitu singkat
meskipun ianya tiada erti bagi
yang insan lain..
tetapi..
ianya cukup bererti bagi ku..
kepergian mu
memberi kesan yang sangat
mendalam untuk diri ini
kepergian mu..
menjadikan hidup ku sepi..


Masa berlalu dengan begitu pantas
kini kau kian membesar
gelak tawa mu
menghiasai ruang legar ini
tangisan mu juga sering
masih tergia-gia di cuping ku ini
tetapi..
itu semua hanya tinggal kenangan
belum sempat ku luangkan
masa ku untuk bersama dengan mu
kau pergi meninggalkan diri ini
belum sempat ku curahkan kasih sayang ku
kau pergi tanpa kata..
tegarnya diri mu !


*kesat air mata*

" Aina bangun..bangun aina..aina dia nak pergi dah tu, tak nak jumpa dia ke?" ujar ibuku.
Aku tersentak, dengan pantas aku bangkit dari katil lalu bertemu dengannya.
Aku sebak, tak mampu berkata panjang. " Bye.." lalu aku mengucup pipi dan dahinya. Dan dia pun pergi meninggalkan ku. 
Tengah hari tu, aku menerima panggilan dari mak cik ku dia mengatakan bahawa insan itu
telah pergi buat selama-lamanya.
Aku tersentak. Hanya air mata yang mengambarkan perasaan ku..
beberapa minit selepas tu, pakcik ku mengambil ku di rumah untuk
membawa ku ke kampung untuk melihat insan itu. Sepanjang perjalanan
ku ke sana, hanya air mata yang menemani ku..

Sungguh kau terlalu istimewa di hati ku..
sangat istimewa..
waktu itu wajah mu sangat tenang
dan aku masih mampu bayangkan
senyuman mu..
meskipun mata mu telah terpejam
buat selama-lamanya..
namun bagi ku
kau masih hidup dalam hati ini
dan tidak akan sesekali mati

Kau terlalu istimewa..
sinar mata itu, lirik senyuman mu
persona dihati ku..
kasih dan sayang mu terpancar
seikhlas tiada batasan
ingin ku lihat mu dewasa
namun apa daya..
Tuhan lebih menyayangi mu...
tak tertanggung rindu
mendengar suara mu
dan namu ku bermain-main
di bibir mu..
andai bisa waktu berputar kembali
inginku sentiasa disisi mu

*kesat air mata*

Tiada gambar mu untuk ku tatap
tiada barang mu untuk ku belai
hanya memori indah bersama mu
yang mampu ku simpan
dan akan ku simpan  buat selama-lamanya
p/s: Meskipun kau telah tiada
doa ku sentiasa mengiringi mu..
aku tahu..
kau bahagia di sana
al-fatihah..