Langkah Kehidupan Hamba Allah
This is me



Kembara Kehidupan Tentang Aku

"Semua penulis akan mati,
hanya karyanya yang akan terus abadi.
Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan
dirimu di akhirat nanti."
[Saidina Ali bin Abi Talib]



Let's Chat!

Photobucket


Followers


Thank You


FoR mY FuTuRe HusBanD

Assalamualaikum..

Kali ni entry aku untuk bakal suami ku..kata2 ni yang aku akan berikan padanya sebelum kami di ijab kabulkan. Fuhhh...nervous plak aku nak taip, 2,3 kali juga aku fikir nak update tentang ni ke tak then akhirnya aku nekad aku update benda ni walaupon dah lama aku nak update tentang ni, baru kali ni aku tergerak hati nak updatenye..hehehe..
Tak bermakna aku dah jumpa my Mr.Right ok..hehe..

*tarik nafas dalam*
Bismillahirahmanirahim...

Kehadapan bakal suami ku yang tercinta..

        Saya tak tahu sama ada awak terima saya ataupun tak..sebab?? Saya tak secantik bidadari yang menjadi setiap dambaan setiap lelaki dan diri saya pun tidaklah sebaik yang awak sangkakan tapi saya cuba menjadi seorang isteri dan ibu yang baik..insyaAllah..
Iman saya puntidaklah seteguh gunung yang berdiri kian megah kerana itu saya amat memerlukan kehadiran awak dalam hidup saya, untuk membimbing saya menjadi seorang isteri yang solehah dan Muslimah yang sejati dan saya ingin awak menjadi pelengkap dalam kekurangan diri saya ini.

        Maafkan saya kerana sebelum ini cinta saya pernah berlabuh pada insan lain dan maafkan saya sebab tak sabar menantikan awak. Duhai pemilik rusuk ku, terus terang ku katakan saya hanyalah insan biasa yang mendambakan cinta dari seorang insan bernama lelaki. Tapi kini ku sedar cinta itu anugerah Illahi dan ku tahu namamu dan namaku sudah tercatat di Luh Mahfuz. Saya terima awak apa adanya dan saya harap awak pon dapat terima saya dengan seadanya. Saya tak mintak awak jadi ustas sebab saya bukanlah ustazah cukuplah sekadar awak menjadi imam dalam family kita nanti dan saya akan menjadi makmumnya. Cukuplah sekadar awak tahu membaca Al-Quran dan tahu akan hukum-hukumnya sebab nanti kita boleh tadarus sama-sama. Dan cukuplah awak memahami serba sedikit ayat-ayat Al-Quran sebab nanti bolehlah awak bagi tazkirah kepada saya dan anak-anak kita nanti, sweet kan?? >.<

        Err...awak sebenarnya kan sekarang ni saya tak tahu masak tapi saya janji dengan awak saya akan belajar memasak dari mak saya dan bakal mak mertua saya nanti. Dan kalau awak pandai masak, saya pon nak belajar masa dengan awak nanti kita boleh la masak sama-sama..hehe.. Nanti saya nak belajar masak masakan kegemaran awak dan nanti awak boleh la rasa air tangan saya setiap hari, moga ada keberkatan dan kasih sayang di situ..insyaAllah..
Saya harap awak boleh jadi insan yang setia walaupon saya tahu kuota awak ada 3 lagi tapi saya tak ank berkongsi kasih sayang dengan insan lain. Ye saya memang tamak, sangat tamak dan saya nak kasih dan cinta awak hanya untuk saya seorang saja bukan untuk wanita lain, ingat tu !

      Saya harap awak boleh membimbing saya menuju kejalan-Nya. Allah menakdirkan kita untuk bersama, so sejauh mana pon jarak kita, kita pasti tetap akan bersama. Dan kalau boleh saya nak mengenali awak dan bercinta dengan awak lepas kahwin..biarlah kita bina mahligai yang indah di atas keredhaan-Nya. Saya harap juga selepas kita kawin kita akan lakukan segala-galanya bersama-sama, pakai baju warna sama, kemas rumah sama-sama, pergi berkelah sama-sama, sweet kan?? =)

     Dalam penuh kesabaran saya akan menantikan kehadiran awak dan saya sentiasa mendoakan agar kita cepat dipertemukan.. =)

p/s: Mungkin dia adalah insan
yang aku inginkan, tapi mungkin
aku bukan insan yang dia dambakan