Langkah Kehidupan Hamba Allah
This is me



Kembara Kehidupan Tentang Aku

"Semua penulis akan mati,
hanya karyanya yang akan terus abadi.
Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan
dirimu di akhirat nanti."
[Saidina Ali bin Abi Talib]



Let's Chat!

Photobucket


Followers


Thank You


sEmaLaM & hArI iNi

Assalamualaikum...

         Ya Allah..semalam merupakan pengalaman yang sangat mengerikan bagi ku, nyaris-nyaris aku dan family ku mengalami kemalangan, dah la aku yang memandunya. MasyaAllah...hanya Allah je yang tahu perasaan ku detik tu, syukur Allah masih menyayangi kami semua dan menyelamatkan kami dari terjadinye kemalangan yang teruk. Syukur alhamdulillah kami semua selamat cuma kereta kesayangan ayah ku mengalami sikit kerosakkan. Sungguh lepas ni aku serik dah nak pegang henset semasa memandu, disebabkan henset lah aku nyaris-nyaris kemalangan yang berkemungkinan boleh meragut nyawa kami sekeluarga. Nasib baik tak terjadi apa2, kalaulah family ku cedera semalam aku tak dapat nk maafkan diri ku, bia aku yang cedera tapi bukan family ku..
Tak kiralah dalam apa jua situasi, aku tak nk terjadi apa-apa pada family ku, biar benda tu terjadi pada aku tapi bukan mereka sebab aku tak sanggup !
Syukur alhamdulillah, terima kasih Ya Allah..kerna telah melindungi kami dari sebarang musibah..

          Ok..tu kisah semalam dan ini kisah untuk hari ini. Syukur alhamdulillah hari ini merupakan hari pertama aku memulakan kelas bagi sem 3 dan syukur aku masih berkesempatan bertemu dengan teman-teman dan juga pensyarah. Alhamdulillah hari ini hari yang menyeronokkan bagi aku, sangat seronok sebab apa? sebab aku dapat bertemu dengan rakan-rakan sekelas semula dan aku dapat " housemate " yang sangat happy go lucky :D
Hari ni juga hari bertemunya dengan pensyarah2 baru dengan rules yang baru..hahaha.. alhamdulillah kami dapat pensyarah yang agak sporting jugalah dan aku harap sem 3 ni aku dapat buat yang terbaik. Dan baru hari pertama kelas, kami dah dapat assignment dari subjek sistem multimedia, disebabkan aku tak pandai melukis so aku kena melukis dalam sketch book supaya tangan aku ni tak la keras sangat kan. Not bad la assigment dia lagipun dengan cara macam ni dapat membantu aku dalam mendesignkan anime aku sendiri..slow..slow right? InsyaAllah dengan usaha keras aku mana tau ada rezeki boleh jadi pelukis animasi tapi hanya untuk lukisan sendiri je la..hehehe..
Antara rules2 yang aku paling suka ialah " Muslim, do PRAYER " ! alhamdulillah masih ada lagi pensyarah yang mengingatkan pelajar2 nya untuk sembahyang, bgus2 ^^

         Bagaimana pula dengan hari seterusnya?adakah ianya seperti hari ini? dan adakah semangat ku juga seperti hari ini? Harap2 semangat ku untuk belajar tak kan pudar sampailah habis sem 3 ni dan aku harapkan semoga sem 3 ni memberiku lebih banyak lagi pengalaman untuk ku terus menggembara =)
p/s: Setiap langkah yang ku lalui 
moga dibawah redha-Nya