Langkah Kehidupan Hamba Allah
This is me



Kembara Kehidupan Tentang Aku

"Semua penulis akan mati,
hanya karyanya yang akan terus abadi.
Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan
dirimu di akhirat nanti."
[Saidina Ali bin Abi Talib]



Let's Chat!

Photobucket


Followers


Thank You


AwaK saYa cUma naK awaK TahU...

Assalamualaikum..


Hai readers~
Entry kali ni agak sensitif sikit untuk kaum2 Adam di luar sana, maksud aku sensitif tu untuk memberi ingatan buat kaum 2 Adam terhadap sikapnya terhadap kaum2 Hawa.
Ini bukan rekaan semata-mata tapi ini adalah realiti, kenyataan yang kebanyakkan nya sering terjadi.


Pernah tak dengar lagu "wanita by Dehearty", kalau tak pernah pergi search kat youtube lagu ni dan hayati lagu ni, kalian akan faham apa yang cuba di sampaikan oleh lagu ni.


Tercipta engkau dari rusuk lelaki
bukan dari kaki untuk dialasi
bukan dari kepala untuk di sanjung
tapi dekat di bahu untuk di lindung
dekat jua di hati untuk dikasihi..
Kita sering dengar kata2 ni kan. Inilah antara lirik yang ada dalam lagu ini..

Readers I have one real story to share with you guys,
Bismillahirrahmanirrahim..

Awak..jangan terlalu rapat dengan saya sebab nanti saya jatuh hati pada awak
awak tahu kan hati perempuan ni sangat mudah tersentuh..

Awak..jangan terlalu baik dengan saya..
sebab saya takut nanti saya mula suka kat awak..

Awak jangan buat saya terlalu gembira dengan keperhatinan yang awak berikan
kepada saya..
saya takut nanti saya akan mengharapkan awak..

Tapi saya tahu..
awak layan saya macam tu sebab awak hanya anggap saya sebagai kawan je kan??
awak saya nak bagitahu hati perempuan ni sangat mudah tersentuh..
tolong jangan permainkan hati kecil ini..

Bila saya dah start suka kat awak, bila saya dah mula sayangkan awak,
mula la awak nak cakap yang awak hanya anggap saya sebagai kawan biasa je..
Sekarang baru saya faham kenapa Allah meletakkan garis panduan dalam perhubungan
antara lelaki dengan perempuan
sebab Allah tak nak hati kaum Hawa ini terluka kerana wanita hanya ada satu cinta.. =')

" There must be a certain distance between cars for safety, as such there must be a distance
between male and female for safety. "

Duhai Adam...
aku mohon..
janganlah kau memberi harapan kepada kaum Hawa
jika kau hanya berniat untuk mempermainkan hati mereka saja..
Hati mereka ini halus, mudah tersentuh dan mudah untuk rapuh...

Duhai Hawa..
jangan mudah tersentuh dengan kata2 manis mereka
dan jangan mudah memberi hati mu..
kelak kau akan merasai kelukaan itu..

Aku bukan ingin memburukkan kaum Adam..
aku cuma ingin berkongsi cerita tentang kebenaran itu saja..
p/s: Jagalah bunga itu, 
agar dia tak mudah layu..