Langkah Kehidupan Hamba Allah
This is me



Kembara Kehidupan Tentang Aku

"Semua penulis akan mati,
hanya karyanya yang akan terus abadi.
Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan
dirimu di akhirat nanti."
[Saidina Ali bin Abi Talib]



Let's Chat!

Photobucket


Followers


Thank You


BeTaPa SaYanGnYa Allah paDa HamBanYa

Assalamualaikum...


Hai readers i wanna to share something with you guys.. Sesuatu yang sangat penting bagi aku untuk di sampaikan kepada korang semua. Sebenarnya entry ku kali ni entry yang di copy paste walaupon ianya haya sekadar "copy paste", mudah-mudahan ilmu ini sangat bermanfaat buat korang semua =)


Bismillahirrahmanirrahim...


Keistimewaan dalam bersujud..


Bukan sekadar doa sahaja yang boleh kita lakukan untuk meminta sesuatu dari-Nya, sujud juga merupakan salah satu cara untuk kita memohon keampunan ataupun hajat kita.


Rasulullah S.A.W berkata : " tiada ada seorang umatku yang akan mengenalinya di hari kiamat."


Para sahabat mendengar itu, lalu bertanya : "Bagaimanakah engkau dapat mnegenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah."


jawab baginda : " Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda berwarna hitam, sedangkan di dalamnya pula terdapat seekor kuda putih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"


Sahabat menjawab : "Bahkan!" Rasulullah menyambung : " kerana sesungguhnya pada hari itu kiamat, muka umatku akan putih (berseri-seri) disebabkan mereka bersujud (didunia), segala anggota mereka(terutamanya anggota badan wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu ! "


Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Apabila Allah hendak melimpahkan rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesa-kesan sujud( di dahi mereka), dimana itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud."


Begitulah Allah memuliakan hamba-hambanya yang bersujud. Orang yang bersujud mendapat keistimewaan apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Mesti mandapat perhatian yang sewajarnya, Semoga kita akan menjdi hamba yang benar mandapat rahmatnya.. =)


Kebesaran Solat 2 Rakaat

Allah selesai mencipta Jibril as dengan bentuk yang cantik dan Allah menciptakan baginya pula 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat( ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya dan berkata:


"Wahai Tuhan ku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik dapada aku? "


Lalu Allah berfirman yang bermaksud " Tidak"


Kemudian Jibrail as berdiri serta melakukan solat dua rakaat kerana syukur kapada Allah dan tiap2 rakaat lamanya 20,000 tahun.


Setelah selesai Jibrail as solat, Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pon yang menyembah kepada ku sperti abadat kamu, akn tetapi di akhir zaman nanti akan datang seoarang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."


Kemudian Jibrail as berkata: " Ya Tuhan ku, apakah engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"


Lalu Allah berfirman yang bermaksud " Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal.."


Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.


Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasaletih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohan dan dia bersujud kepada Allah lalu ia berkata dalam sujud :
" Ya Tuhan ku, apakah sudah aku menempuah jarak perjalanan setengahnya atau sepertiganya, atau seperempatnya?"


Kemudian Allah berfirman yang bermaksud :" Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang 3000 tahun meskipun aku memberi kekuatan kepada kamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang kamu lakukan, nescaya kamu tidak sampai sepersepuluh daripada beberapa perpuluhan yang Aku berikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan..."


" Sesungguhnya keadaan kekuasanNya apabila ia mengkehendaki sesuatu, hanyalah berfirman kepada (hakikat) benda itu : " Jadilah Engkau !" , maka ia terus menjadi " ayat 82, suruh Yasin..
(Kun fayakun)


Semoga korang memperoleh ilmu baru dengan apa yang aku share kan ini. Aku bukan nak tunjukkan yang aku ni baik or apa sajalah kan, aku sekadar ingin berkongs ilmu dengan kalian kerana ilmu itu meluas so tak salahkan kita berkongsi ilmu.
Marilah kita amalkan dan aku masih terus mencuba untuk istiqamahkan diri ku ini..insyaAllah..
p/s: Aku bukanlah insan yang baik
tapi aku cuba untuk meraih kebaikkan yang ada..