Langkah Kehidupan Hamba Allah
This is me



Kembara Kehidupan Tentang Aku

"Semua penulis akan mati,
hanya karyanya yang akan terus abadi.
Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan
dirimu di akhirat nanti."
[Saidina Ali bin Abi Talib]



Let's Chat!

Photobucket


Followers


Thank You


iTs aBouT uS !

Assalamualaikum...

       Alhamdulillah hari ni selesai untuk labtest bagi subjek operating system(OS),insyaAllah besok pagi aku bakal menghadapi labtest Programming plak, hopefully aku dapat buat walaupon tak dapat fullmark or markah yang aku harapkan tapi sekurnag-kurangnya biarlah markah tu datang dari usaha aku sendiri walaupon markah tu agak teruk, but i must accept it ! REDHA is my keyword for this entry =)

       Aku terima apa adanya jika itu adalah datangnya dari usaha aku sendiri. Jika usaha ku hanya seciput tapi hasilnya "meletop" alhamdulillah.. tapi jika usaha aku besar dan hasilnya kecil, aku redha walaupon ianya sukar untuk diterima. Sebenarnya aku cuba pegang benda(Redha) ni sejak aku masuk ke universiti dan sampailah sekarang dan insyaAllah hingga ke akhir hayat aku. Serius aku cakap walauapa pon keputusan yanga ku dapat, walaupun ianya sangat memedihkan hati namun aku terima, aku redha. Mungkin dengan cara macam ni Dia menguji aku, sejauh mana usaha aku untuk mencapai apa yang aku impikan. Setiap kejayaan datangnya dari Allah, kita hanya bisa berusaha, berdoa dan bertawakal tapi kalau Allah dah tetapkan kejayaan tu bukan milik kita, terimalah dengan hati yang terbuka meskipun ianya mengewakan :')
      Kau mungkin seorang yang pandai tetapi aku dilahirkan bukanlah seperti kau. Tahap IQ aku tidak setinggi kau tetapi aku tak cakap yang aku ni "bodoh", kurang pandai aku akui tu. Sejak dari sekolah rendah sampai la ke tingkatan 2, result exam aku tak la menyenagkan, sekadar cukup2 makan saja.. Aku sedar result2 exam aku agak menghampakan parents aku namun sedikit pon mereka tak tunjukkan ataupun marah dengan result yang aku perolehi. Berkat kesabaran dan doa mereka alhamdulillah sepanjang perjalanan aku belajar dari PMR ke SPM aku dapat result diluar jangkaan aku sehinggalah aku berjaya menjejakkan kaki ku dimenara gading, syukur alhamdulillah..
Dan disini sekali lagi aku diuji dengan pointer yang tak seberapa tapi aku tetapi aku tetap bersyukur sebab aku tak perlu repeat apa2 paper =)
Aku tahu ramai kawan-kawan ku pandai, bijak dan rajin dan aku bukanlah seperti mereka. Aku jenis yang setiap kali nak belajar aku mesti kena ada mood belajar dan aku takkan belajar fokus untuk satu benda je..its not me !

      Bersyukurlah..kerama korang diberikan IQ yang sebegitu namun masih ada juga yang tak tahu nak hargainya. Tak salah kita nak merasakan diri kita tak pandai tapi perlu ke sampai hilang rasa kesyukuran tu?? *think about it*
Kau baru sekali gagal dan baru merasai macam mana rasanya frust tak dapat jawab exam kau nak tension tak tentu pasal, muka tu kalau boleh nak monyok je sepanjang hari tapi bila kau dapat jawab, kau happay tak tentu pasal, sampai kau lupa insan-insan yang tak dapat jawab dan sikap kau tu boleh buat mereka terasa. Aku pecaya ramai insan-insan macam ni, nilah salah satu sikap insan yang tak tahu nak bersyukur. Ape yang aku maksudkan dengan tak tahu bersyukur, biasa la tu kalau kita dapat jawab mestilah kita happy kan?! ada makna disebalik apa yang aku katakan itu. *you think about that*

      Sebab itu, aku takkan terlalu mengharap untuk mendapat result yang bagus..aku hanya mampu berdoa dan berserah segala-galanya pada Dia. Walaupon kau dah berusaha semaksima mungkin, kalau tu bukan rezeki kau untuk dapat result yang bagus janganlah terlalu kecewa. Allah knows what the best for His slave !
Andai kau meletakkan harapan yang terlalu tinggi dan andai kata kau tak dapat apa yang kau inginkan, for sure kau kecewa giler2, menangis tak tentu pasal lepas tu mula la rasa putus asa. Hello !! wake up laa.. jangan cepat down, gagal sekali tak bererti gagal selama-lamanya dan dari kegagalan itulah kau akan belajar untuk mencapai apa yang kau inginkan !
Sebab tu kita perlu redha atas apa jua yang terjadi pada diri kita, ye aku tahu ianya susah nak capai tapi kalau kau tak cuba sampai bila-bila kau tak kan capai, never !!
Bersyukur dengan apa yang kau perolehi...bila result kau bagus jangan terlalu gembira takut2 kau akan kecewa saat kau terjauh, dan yang gagal jangan terlalu hampa, takut2 kau cepat berputus asa. Bersederhanalah dalam apa jua yang kita lakukan, insyaAllah kau pasti dapat mencapai keredhaan.

p/s: Do not  ,
the beginning is always the hardest