Langkah Kehidupan Hamba Allah
This is me



Kembara Kehidupan Tentang Aku

"Semua penulis akan mati,
hanya karyanya yang akan terus abadi.
Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan
dirimu di akhirat nanti."
[Saidina Ali bin Abi Talib]



Let's Chat!

Photobucket


Followers


Thank You


Ya Allah..BeSarnYa duGaaN Mu iNi..

Assalamualaikum...

Welcome in new morning with a smile on your smile, love in your heart and be grateful to Allah..

*smile is a way of writing*

Hari ini pagi yang indah dan kegembiraan yang terpanjar di wajah kami dikejutkan dengan khabr yang kurang menyenangkan. Khabar yang bisa menitis air mata kami semua. Sungguh kami sangat terkejut mendengar perkhabaran ini. Bukan ini yang kita semua pinta tetapi inilah suratan takdir yang telah ditetapkan oleh yang Maha Esa..

Teman..kuatkan hati mu.. Sungguh aku tak dapat bayangkan perasaan dia sekeluarga. Dah la minggu depan umat islam bakal menyambut hari raya AidilFitri tapi apa yang nak dirayakannya jika mereka kehilangan insan-insan yang mereka sayangi?? 
ketua kelaurga !
pasti suram menemani mereka dipagi raya, hanya air mata menjadi teman mereka..
Ya Allah..begitu besar dugaan-Mu yang kau berikan pada dia di bulan yang mulia ini. 

Ya Allah..
kau berikanlah kekuatan kepada teman ku
kau berikanlah dia ketabahan menjalani kehidupannya

Ya Allah..
kau tempatkanlah arwah ayah kawan ku itu

ditempat-tempat orang yang beriman..
amin..

Ikutkan hati aku memang nak pergi rumahnya namun apakan daya.. Aku tak berani nak menghatar sms kepada nya untuk mengucapkan "takziah". arghhhh...sangat menyakitkan bila kita baca sms mcm ni kan, sedih+pedih mendengar perkhabaran ini. Aku tahu dia  memerlukan sokongan dari kawan-kawannya namun aku tiada keyakinan untuk hantar sms macam tu kepada dia, aku takut dia akan bertambah sedih. Tiada siapa yang bersedia untuk kehilangan insan yang kita sayangi perasaan itu seolah-olah kosong, seolah2 kita melayang bila mendengar perkhabaran seperti ini namun apa kan daya kita untuk menolak ajal yang telah Dia tetapkan. Kita yang hidup harus terima kenyataa agar kita dapat meneruskan kehidupan seperti biasa meskipun ianya terlalu sukar.

Teman aku hanya mampu berdoa dari jauh agar kalian sekeluarga kuat dan redha menghadapi dugaan ini.. Redhakanlah pemergian ayahanda mu agar dia tenang di sana dan janganlah kau berasa keseorangan kerana sesungguhnya Allah sentiasa ada buat hamba-hambanya dalam apa jua keadaan. Bila kau terasa rindu pada arwah jangan lupa sedekahkan al-fatihah buat nya :')

*al-fatihah*
p/s: Allah lebih menyayangi insan itu..