Langkah Kehidupan Hamba Allah
This is me



Kembara Kehidupan Tentang Aku

"Semua penulis akan mati,
hanya karyanya yang akan terus abadi.
Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan
dirimu di akhirat nanti."
[Saidina Ali bin Abi Talib]



Let's Chat!

Photobucket


Followers


Thank You


NuKiLaN HaTi...

Assalamualaikum...

        Sebenarnya dah lama aku nak update pasal entry ni tapi entah macam mana aku boleh terlupa pula dan tiba2 aku teringat nak bukak file "ilmu" aku dalam disk D then terjumpa entry ni kat dalam tu..baca punya baca baru aku teringat yang aku penah tulis entry ni di dalam microsoft word cuma lupa nak transfer ke blog..hehehe..

        Entry kali ni aku tujukan untuk seseorang yang aku kenal sejarah silamnya walaupun tak sepenuhnya tapi aku tahu jalan cerita percintaan dia dengan seseorang.. Asal aku tetiba je nak update kisah percintaan orang ni, sibuk je aku ni kan..hahha.. yes! saya memang penyibuk orangnye tapi sibuk2 aku pon aku jadikannye sebagai pengajaran buat aku dan aku harap korang pon sama. Mungkin aku tak layak menilai cinta seseorang namun tak salah bukan untuk aku kongsikannya tetapi aku takkan menceritakannya secara detail biarlah selebihnya jadi rahsia antara aku, dia dan juga Allah.. =)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ciri-ciri insan ini :-
~ seorang yang penyayang
~seorang yang sangat setia
~seorang yang bijak 
~seorang yang penyabar
~tapi sayang dia salah memberikannya pada insan yang tak layak (bagi aku)

       Kenapa kau mesti jadi " hamba cinta " pada insan itu? Siapa dia sampai kau sanggup diperlaku sedemikan rupa? Daripada kau jadi hamba cinta manusia yang belum tentu menjadi yang halal buat mu baik kau menjadi hamba cinta ILLAHI
Dia cari kau saat dia susah, saat dia rasa dia inginkan kemahuannya dipenuhi dan kau hanya menuruti kehendaknya dengan mudah sekali, terlalu cepat kau cair dengan suara manjanya, dengan pujuk rayunya dengan air mata palsunya, sedangkan dengan insan lain kau mampu tegas kenapa bukan dia?? sebab dia terlalu "special" untuk kau kan?
Yes...aku tau tu dan aku faham tapi aku tak faham kenapa sampai macam tu sekali???
Sayangnya dia..tidak nampak kebaikkan yang kau berikan, dia tidak tahu menilaikan yang mana kaca dan yang mana permata.
Sungguh aku tak sanggup melihat kau terseksa hanya kerana dia !
sehingga kau sanggup melukai hati kecil ibu mu sendiri hanya kerana insan itu??
huh...sememangnya kau terlalu menyintainya meskipun kau sendiri menyatakan pada ku yang kau menyintainya kerana Allah tapi kenapa kau seolah-olah menyintainya bukan kerana itu??!!
Buka mata hati mu jangan biarkan dirinya membutakan mata hati mu, sedarlah dia hanya menfaatkan mu !
kau terlalu baik untuknya mungkin ada hikmah kenapa kalian berpisah..ingatlah aturan Allah adalah yang terbaik dan Allah maha mengetahui mana yang terbaik buat hamba-hambanya
Mohon pada-Nya agar diberikan petunjuk kepada mu..
jika benar insan itu untuk kau, dia pasti akan kembali pada mu tetapi jika dia bukan untuk kau maka kau lepaskanlah dia pergi dengan hati yang tenang. Mungkin Allah sedang mempersiapkan mu seorang insan yang lebih baik dan lebih tahu menghargai cinta sucimu..insyaAllah..

Tak banyak untuk ku ceritakan..mungkin ini saja yang mampu untuk ku kongsikan..
Terima kasih kerana sudi membaca =)

Yakinlah dengan ketentuan-Nya..

Allah telah berjanji dan berfirman :
" Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, begitulah sebaliknya.."
(Surah An-Nur ayat 26)
p/s: Khabarkan cintamu pada Dia