Langkah Kehidupan Hamba Allah
This is me



Kembara Kehidupan Tentang Aku

"Semua penulis akan mati,
hanya karyanya yang akan terus abadi.
Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan
dirimu di akhirat nanti."
[Saidina Ali bin Abi Talib]



Let's Chat!

Photobucket


Followers


Thank You


KuaLiTi Vs kEpUaSan DiRi ???

Assalamualaikum...

Tadi aku pegi jualan murah " Al-IkHsan", sape yang tak kenalkan kedai tu
kedai sukan yang paling popular !
tak payah nak cakap la kan orang yang datangnye beribu2, time aku datang pon
ya Allah.. berduyun2 orang masuk siap kena beratur tu, bayangkanlah ramainye tu
nasib baik dia buat jualan tu dalam stadium Melawati so tak de la sesak sangat kat dalam
stadium tu.
macam2 jenama sukan la ada, Adidas, Puma, Nike dll
ada kasut, baju, botol air, beg, bola macam2 la dari yang kecik sampai la dewasa punya.
Harga tak payah nak cakap la kan, mahal beb tapi disebabkan ada diskaun memang ramai la
orang borong. Diskaun bukan sikit2 banyak seyhh.. 50%, 60% giler kan !
memang rambang mata la para pembeli.
kasut sukan macam2 jenis ada, macam2 warna ada tinggal nak pilih je !

Tapi dalam banyak2 barang yang ada kat situ, satu barang je yang aku berkenan
iaitu botol air " Reebok " !
aku nak beli beg tapi tah la..maybe tak de yang aku berminat.
baju? tujuan aku pegi situ ingatkan nak beli sweater tapi di sebabkan takde so aku usyar baju2
yang ada kat situ
urmmm...hampeh, satu pon aku tak berkenan. Yang kecik, kecik sangat kalau besar, besar sangat
tah ape yang mereka berebut tengok baju2 kat situ pon aku tak tahu la.
Kasut sukan pon tak de yang aku berkenan, sebelah mata je aku pandang..hahahha
Tak berminat langsung !

Aku tak berminat dengan barangan yang terlalu mahal, memang dari dulu aku tak berminat.
Tapi bohong la kalau satu barangan mahal pon aku tak berkenan, ada tu memang ada tapi
serius jarang yang aku jumpa. Walaupun pada pandangan mata orang lain barang tu cantik,
awesome tapi mungkin tak pada aku.
Dan jenama? bukan pilihan utama aku, serius aku cakap tak banyak jenama yang aku kenal.
Ramai orang cakap barangan yang ada jenama lebih berkualiti, lagi2 jenama yang
terkenal. Tapi ada je barangan yang tak berjenama kualitinye ok tapi tak semua la..hahhaha
tapi depends pada kita la nak guna barang tu macam mane kan?!
kalau kau dah guna barang tu ganas2, barang mahal macam mana pon tetap rosak jugak ! -.-
so kesimpulannye.. jaga barang yang kita beli tu sebaik mungkin untuk mengelakkan dari barang
tu cepat rosak, bagi aku jenama bukan segala-galanya tapi tak tahu la kalau bagi korang kan =)
sekiann.. ^___^

p/s: Kualiti itu penting,tapi
 rasanye kepuasan juga penting :D