Langkah Kehidupan Hamba Allah
This is me



Kembara Kehidupan Tentang Aku

"Semua penulis akan mati,
hanya karyanya yang akan terus abadi.
Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan
dirimu di akhirat nanti."
[Saidina Ali bin Abi Talib]



Let's Chat!

Photobucket


Followers


Thank You


KeHiLanGan iTu aMat menYaKitkaN !

Assalamualaikum...

Dia hubungi aku
menyatakan khabarannya
alhamdulillah aku sedikit lega
mungkin tidak sepenuhnya
tapi sekurang-kurang aku dapat 
mendengar suaranya
walaupon sebentar tapi itu sudah memadai
bagi ku.
Ku sangkakan kedukaannya bakal berakhir
namun sekali lagi dia diuji dengan
kehilangan insan yang tersayang
lepas satu, satu ujian menimpa dirinya
namun aku kagum padanya
kerana dia cuba tersenyum di hadapan kami
meskipun hatinya, fikirannya sarat dengan ujian.

Disaat aku sedang bergembira semalam
aku dikejutkan dengan perkhabaran itu
aku gembira
dia berduka..
perasaan serba salah menguasai diri ku
aku cuba menahan manik mutiara mengalir
aku tak mahu mereka semua lihat
dan aku tak mahu mereka semua risau
pelbagai persoalan menganggu fikiran ku
bagaimana dia di sana?
ingin sekali aku menjadi bahu buat dia sandarkan
ingin sekali ku pinjamkan telinga ku untuk
mendengar rintihan hatinya
tapi kami jauh..
apa yang aku mampu lakukan?
hanya doa, dan kata pendorong buatnya
aku yakin dia mampu hadapi nya
aku yakin dia kuat menghadapi ujian ini
bersabarlah..
aku sentiasa di sini buat diri mu   :")
p/s: Bila kehilangan  terjadi percayalah
itulah takdir yang dikehendaki..