Langkah Kehidupan Hamba Allah
This is me



Kembara Kehidupan Tentang Aku

"Semua penulis akan mati,
hanya karyanya yang akan terus abadi.
Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan
dirimu di akhirat nanti."
[Saidina Ali bin Abi Talib]



Let's Chat!

Photobucket


Followers


Thank You


MunGkiN iNi YanG teRakHiR !

Assalamualaikum..

Selamat pagi Sunshine !

Memori semalam masih bermain diruang
kotak fikiran ku..
dari dalam bus sehinggalah kami tiba di KL
dan balik semula ke Melaka..
KL, kota yang begitu sibuk dengan kunjungan
manusia-manusia..
dari pagi sampailah ke malam ianya tidak pernah
berehat..
dan kami jugalah yang tergolong dalam kelompok itu.
Setibanya di kota itu kami mendapat satu arahan, 
berpecah kepada group2 yang kecil  dan aku 
serta mereka berpecah mengikut haluan masing2.

Aku bersama dengan mereka-mereka
berjalan menuju ke "Masjid Jamek"
ya tempat yang tumpuan ribuan manusia untuk membeli belah
tapi kami menjengah ke pasar malam kebetulan
hari tu hari Sabtu.
dan kelompok satu lagi aku tak tahu mereka ke mana
pada awalnya aku ingin megikuti mereka tapi...biarlah
dari cara mereka seperti ada sesuatu yang ingin dibincangkan
dan aku memberi ruang itu..
seperti biasa kami di pasar cuci-cuci mata melihat pelbagai
juadah makanan
kelihatan semuanya sedap belaka, ikutkan nafsu
macam2 yang aku nak beli semalam.
ye nafsu jika tidak dikawal boleh memakan diri..
selesai membeli juadah, kami pergi ke banggunan Sultan Abdul Samad
untuk menjamu juadah kami..
hanya di tepian jalan saja kami makan, seronok !
sangat seronok, tidak pernah aku makan sebegitu
tapi itulah yang di katakan memori..

Jam 7.45 malam kami diminta untuk berkumpul
di hadapan Panggung Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL)
sebelum acara menonton teater bermula..
buat pertama kalinya aku menonton teater di DBKL bersama-sama
dengan keluarga teater ku..
seronok =)
kami masuk..
dalam 2 jam rasanya teater "Dendam Tantari" itu berlangsung.
best ! pelakon2nya hebat2 !
lighting, audio, pergerakkan di atas pentas sangat teratur, itu
apa yang aku lihat la..hahaha
2 jam berlalu..
kini sesi bergambar bersama para pelakon dan aku hanya menjadi
photographer buat teman-teman ku, itupon dah cukup gembira =)
Masa terus berlalu dan kini tiba masanya kami meninggalkan dari
kesibukkan kota ini..
Aku terdengar bunyi esakkan demi esakkan
dan satu suara itu cuba menanyakan keadaannya
aku diam...keliru, binggung !
apa sebenarnya yang terjadi??
timbul pelbagai persoalan di ruang kotak fikiran ku..
kenapa ada tangisan?
dan kenapa "soalan-soalan" yang aku tanya tiada
jawapan?
bukan tiada jawapan sebenarnya..
tapi mengelak dari persoalan itu..
aku membisu..tapi telinga ku masih berfungsi
aku cuba mendengar setiap apa yang diperkatakan oleh mereka
walaupon susah untuk mengerti namun aku rasa
aku mulai mengerti apa yang terjadi..
aku hanya mampu mengandai
tapi aku tidak berani untuk memutuskannya..
sebab aku mengharapkan andaian aku itu salah sama sekali..
tapi ada suara mengatakan..
"terima apa yang terjadi lepas ni.."
"dan ianya akan terjadi dan kita sedang melalui kejadian itu.."
jadi harapan ku tu hanya sia-sia???
urmmm..mungkin ya dan mungkin tidak !

Sukar untuk aku terima kenyataan ini
walaupon aku tidak faham semua ini namun
seolah-olah aku mengerti apa yang akan terjadi nanti
sepanjang perjalanan pulang ke Melaka
fikiran ku ligat memikirkan soal tu..
mata ku masih segar sedangkan mereka
sedang asyik dibuai mimpi..
kata terakhirku buat dirinya hanya
"terima kasih dan selamat malam" ?!
mungkin ucapan selamat malam yang terakhir, mungkin !
tapi aku tidak mengharapkan itu yang terakhir..
dipembaringan ku..
air mata tidak henti-henti mengalir
aku benci saat ni !
namun aku tetap bersyukur
kerana Allah pertemukan aku dengan insan itu
baik, penyayang, tegas pendiriannya dan dalam ketegasan
ada kelembutannya..
sungguh aku berasa sangat bersyukur, aku tidak menyesal
menjadi salah seorang dari family ini..
malah aku berasa sangat beruntung meskipun hubungan aku
dengan insan itu tidak seerat seperti hubungan mereka.
Sayang, hormat masih ada dalam diri ku buat insan itu =')
Usah ditangisi akan perpisahan, kerana itulah resam pertemuan. Perjuangan harus diteruskan. Jangan jadikan perpisahan satu kelemahan, kerana kita semua ada tanggungjwb dan peranan. "
cc : En. Shahrul (Sha'fa)

p/s : "Tangisi insan yang kita sayangi,
bukan bodoh namanya.."