Langkah Kehidupan Hamba Allah
This is me



Kembara Kehidupan Tentang Aku

"Semua penulis akan mati,
hanya karyanya yang akan terus abadi.
Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan
dirimu di akhirat nanti."
[Saidina Ali bin Abi Talib]



Let's Chat!

Photobucket


Followers


Thank You


Aku tak Mampu jadi Seperti Mu !

Assalamualaikum...

Si A bersuara :

"Mungkin aku tak setegar kau
mungkin aku tak mampu jadi segagah kau
dan mungkin aku tak mampu jadi setenang kau ! "

Si B menjawab :

" Gagah aku bukan bermakna aku kuat
tenang perlaku ku bukan bermakna hati ku setenang itu
aku cuba menjadi tegar
kerana aku tidak mahu mereka lihat ku dengan
mata kerisauan
aku cuba menjadi tenag
kerana aku tidak mahu mereka melihat ku dalam keadaan
serabut..
biar aku laluinya sendiri
biar aku mencari ketenangan ku sendiri
aku tak suka mneyusahkan orang lain
dan aku tak nak mereka risau melihat keadaan ku.."

Si A bekata lagi :

" Tapi sampai bila kau mampu bertahan seperti itu
satu saat nanti pasti kau akan rebah,
satu saat nanti pasti kau perlukan mereka
untuk kau ceritakan segala-galanya
sampai bila kau mampu sembunyikan air mata mu itu ! "

Si B membalas :

" Kau akan mampu bertahan jika kau percaya
segala-galanya di tentukan oleh-Nya
ikhlaskan hati mu..
redha dengan apa yang terjadi
jika kau dah berusaha, kenapa kau perlu bersedih !?
Allah nampak usaha mu..
Dia tidak melihat pada kejayaan mu tapi Dia
melihat akan usaha gigih mu..
dan satu ingin ku pesan pada-Mu..
jangan meletakkan sepenuh harapan mu pada sesuatu perkara
kelak kau akan kecewa jika kau tidak mampu mencapainya..
tidak salah kau ingin bersedih
tapi jangan sampai kesedihan mu menjejaskan perkara lain
jangan sampai kau lupa bahawa sesuatu perkara itu
telah ditetapkan oleh-Nya..
apa jua yang terjadi ada hikmahnya ! "

Si A berkata :

" Terima kasih atas nasihat mu, In Shaa Allah kan ku
pegang kata-kata mu.."

Si B berkata :

Tersenyum. 
" Ingat..takdir Allah itu sangat indah..
percayalah pada aturan-Nya."

p/s : "Bila diuji sabar dan berdoa,
kerana ianya jalan ke Syurga.."