Langkah Kehidupan Hamba Allah
This is me



Kembara Kehidupan Tentang Aku

"Semua penulis akan mati,
hanya karyanya yang akan terus abadi.
Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan
dirimu di akhirat nanti."
[Saidina Ali bin Abi Talib]



Let's Chat!

Photobucket


Followers


Thank You


JanGan Hancurkan Harapan Mereka !

Assalamulaikum...


Impian kau untuk berjaya..
impian kau nak capai cata-cita kau
dan impian kau nak melihat senyuman di wajah
ibu ayah kau kerana melihat kejayaan kau
tapi itu semua hilang !
itu semua kau hancurkan !
nak tau kenapa..

---------------------------------------------------------------------------------------------

Ibu bapa kau bangga dengan pencapaian kau
kau berjaya memasuki universiti
satu kampung heboh tentang kemasukkan universiti kau
ayah dan mak bangga dengan pencapaian mu
macam keperluan mu mereka sediakan
pakaian, barang mandian, alat tulis, beg semuanya baru
apa saja permintaan mu mereka penuhi
walaupon mereka tahu duit tidak berapa banyak
namun mereka tetap berusaha mencari wang untuk kamu
sehinggakan ibu mu sanggup gadaikan barang kemasnya demi
menyara yuran universiti serta keperluan mu

Ayah mu sanggup tebalkan mukanya untuk meminjam kereta rakannya
demi menghantar kau ke universiti
katanya tak sanggup melihat anaknya naik bus dengan barang yang banyak.
sampai saja di hostel mu
barang-barang mu ayah sanggup angkatkan
dari yang besar sampailah sekecil-kecilnya, sedikit pun dia tak mengeluh 
malah dia mampu ukir senyuman buat mu
nasihat demi nasihat mereka ucapkan tanpa jemu
mereka khuatir kau tidak selesa dengan kehidupan disini.
dan kau menyakinkan mereka, yang kau mampu berdikari di sini
dan mereka pegang kata-kata kau.

Hampir setiap hari kau menghubungi mereka
menanyakan khabar mereka, menceritakan prihal kampus
tapi itu dulu..
sebelum kau kenal teman-teman mu
sebelum kau rapat dengan mereka
kini hanya sebulan sekali saja kau hubungi mereka
itupun hanya beberapa minit saja, tak puas mereka lepaskan rindu
mereka pada kau dah kau letak telefon.
bila mereka hubungi kau, susah sangat kau nak jawab.
padahal duit top up itu semua dari mereka tapi kau habiskan
dengan hubungi teman istimewa kau.
ye teman istimewa..
itu lumrah pelajar universiti..
bila berjauhan dari keluarga, bila hidup tidak dikawal oleh mereka
bebas lakukan apa saja, tiada siapa menghalang
dan kau manfaatkan peluang itu.
Hampir setiap hari kau dengan si dia berkepit kesana ke mari
tanpa segan..tanpa rasa malu
kalian berpimpin tangan, berpelukkan..
bila kawan-kawan mu tegur, kau tidak peduli
malah mereka kau marahi.
keluar dari pagi sampai ke tengah malam
kalau boleh ingin berkepit 24jam
terlalu mudah kau dibuai dengan kata-kata manisnya
terlalu mudah kau dibuai dengan belaian manjanya
terlalu murah !
sesungguhnya Allah Maha Adil..
satu hari perangaimu diketahui oleh keluarga mu
zaman moden, terlalu pantas khabar tersebar luas
gambar-gambar mu bersama si dia sampai ditangan keluarga mu
hanya Allah saja yang tahu perasaan keluarga mu ketika itu
ibu mu jatuh pengsan..
ayah mu cuba menahan kemarahannya..
ibu bapa mana yang sanggup melihat perbuatan buruk yang dilakukan oleh anak sendiri
siapa yang sanggup terimanya
berhari-hari ibu mu jatuh sakit sehinggalah kau pulang sekali pun dia tidak memandang muka mu
ayah pula tidak henti2 memarahi ku..
sungguh mereka sangat kesal dengan perbuatan mu
sekejap saja kau musnahkan kepercayaan mereka
sekejap saja kau musnahkan impian mu sendiri

kini apa yang tinggal?
hanya sebuah keampuanan dari mereka..
p/s: "Maruah keluarga lebih bernilai
dari harta yang bertimbun-timbun"