Langkah Kehidupan Hamba Allah
This is me



Kembara Kehidupan Tentang Aku

"Semua penulis akan mati,
hanya karyanya yang akan terus abadi.
Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan
dirimu di akhirat nanti."
[Saidina Ali bin Abi Talib]



Let's Chat!

Photobucket


Followers


Thank You


Nasib Insan Lorong...

Assalamualaikum...

Dihina..
dikeji..
difitnah..
sudah menjadi makanan harian ku..
siapa yang mempercayai kata-kata ku
siapa yang ingin membantu insan seperti aku?
mereka kata aku begini..
mereka kata aku begitu..
pernah tak mereka fikir kenapa aku begini?
pernah tak mereka melihat ku dengan
mata simpati?

Pada mereka aku ni kotor
pada mereka orang seperti aku ni
mana layak dibantu
orang kotor, jijik macam aku ni
mahukah mereka membantu ku?
dipadang dengan pandangan jijik
inikan pula untuk membantu ku..
itulah manusia..
orang seperti aku ini dipersalahkan
dan 'manusia' itu mereka memandang tinggi !
kerana apa?!
karana harta, wang ringgit, pangkat
berjaya membutakan mata-mata mereka
Siapa yang ingin hidup seperti 'ini' !
siapa !
bukan keinginan ku
bukan kerelaan ku !
kerana 'manusia' itu aku jadi begini
kerana 'manusia' itu mereka memandang hina pada aku
tapi..
siapa yang percaya jika ku katakan begitu?
belum diceritakan sudah dijerkah !
di hina, dipersalahkan !
itukah yang dinamakan manusia??
bukankah manusia seharusnya membantu insan yang
memerlukan pertolongan?
tapi dimanakah belas ihsan kalian itu?
dimankah sifat keperimanusian itu?
uhh...dunia, manusia semakin hari semakin kejam !

p/s: Layakkah kita memperlaku 'mereka' sebegitu?