Langkah Kehidupan Hamba Allah
This is me



Kembara Kehidupan Tentang Aku

"Semua penulis akan mati,
hanya karyanya yang akan terus abadi.
Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan
dirimu di akhirat nanti."
[Saidina Ali bin Abi Talib]



Let's Chat!

Photobucket


Followers


Thank You


Sinar Cinta Seorang Mualaf..

Assalamualaikum...


Aku berjalan di lorong sunyi, sepi dan kotor
yang ada di situ hanyalah sampah, kucing kurap
dan manusia penagih !
mata aku meliar untuk mencari ruang kosong bagi melabuhkan
tubuh ku ini berehat.
mata ku terpejam, sungguh aku berasa sangat penat.
penat lari dari segala masalah, penat berlari dari manusia manusia
di luar sana.
biarlah mereka fikir apa pun tentang aku, aku di sini bukan bererti
aku seperti mereka di sini. Aku perlukan ketenangan !
dan aku hanya mengikuti langkah ini yang membawa ku
ke mana saja yang ingin dia tujui
dan akhirnya langkah ku terhenti di lorong ini.
inikah yang aku ingin kan? mungkin !

Aku dikejutkan dengan sinaran mentari terang menerpa ke arah ku.
perlahan-lahan aku membuka mata dan aku melihat mereka-mereka di lorong itu
masih nyenyak tidur.
aku bangkit untuk meneruskan langkah perjalanan ku dan kini
aku tak pasti destinasi manakah yang akan ku tujui tapi yang pasti aku
mesti ke suatu tempat itu.
tempat dimana aku menjadi sang pemerhati yang setia pada si tua itu.
Dia tua, kotor dan buta namun aku tidak tahu mengapa tiap kali aku
memandangnya hati ku berasa tenang.
sudah lama aku perhatikannya tapi kami tidak pernah menyapa malah aku rasa
dia sendiri tidak tahu keberadaan ku di sini.
Tiap kali aku perhatikannya mimik mulutnya tidak pernah berhenti tapi dengan
siapa dia berborak aku sendiri tak pasti.
Tanpa aku sedari dia menyapa ku dari belakang, aku terdiam.
dia perkenalkan dirinya pada ku, begitu juga dengan aku. Rupa-rupanya dia sedar
akan kehadiran ku tapi bagaimana sedangkan dia buta.

Mulut dia terkumat kamit lagi..
' pakcik cakap dengan siapa?' soal aku kepadanya.
dia tersenyum, lalu melangkah dan terus melangkah dan aku mengekorinya.
dia tengah berzikir katanya. berzikir? apa tu?
aku diam.
'anak dari mana'?
aku masih berdiam.
'pakcik boleh tak saya ikut pakcik?'
pakcik itu memandang ku,lalu dia tersenyum dan menggangguk.
meskipun tanpa penglihatan, seolah-olah dia memahami keadaan ku.
bermulalah perkenalan pertama dengan kehidupan baru ku.
Selama sebulan aku tinggal bersamanya, selama sebulan itu juga aku pelajari
pelbagai ilmu, pelbagai pengalaman hidup.
dan kini baru aku sedar yang aku punya tuhan.
agama ku bukan islam, aku bebas, tiada penganggan.
satu persatu dia mengajarku erti kehidupan seorang muslim.
sehinggalah temui ketenangan yang tidak pernah aku rasakan.
dia umpama sinar baru hidup ku, dia mengenalkan aku siapa tuhan ku.
meskipun dia tidak mampu melihat
namun itu tidak menjadi halangannya untuk terus menjalani kehidupannya.
semangatnya, penganggan hidupnya sangat aku kagumi
kerana dia aku kenal Tuhan ku
kerana dia aku kini hargai kehidupan ku
dan kerana dia juga aku jadi seperti sekarang ini..


Namun tiada siapa yang tahu disebalik ketenangan wajah itu tersimpan
1001 kisah duka. Redha itulah penganggan hidupnya dan aku cuba menjadi
sepertinya, redha dengan segala dugaan hidup yang menimpa diri ku.
kini aku tidak menyalahkan takdir, aku tahu dan aku yakin ada hikmah
menapa ini semua terjadi pada diri ku, tapi..
ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari
disaat aku mula bertatih mencari sinar cinta Illahi
kini sinar aku hilang, sinar ku pergi meninggalkan ku buat selamanya dan
aku kembali sendiri.
aku redha, aku tahu ini ujian dari-Nya..
Di bawah bantalnya ada sepucuk surat serta seutas tasbih
yang dia titipkan buat ku.
aku baca dan air mataku tidak henti-henti mengalir,
ternyata aku tidak sendirian.
terima kasih Ya Tuhan, kerana pertemukan dengan cinta pertama ku !


p/s: "Jika kau punya Tuhan dan jika kau kenalinya,
kau sungguh beruntung , bersyukurlah !
sedangkan diluar sana masih tercari-cari
erti kehidupan yang sebenar."