Langkah Kehidupan Hamba Allah
This is me



Kembara Kehidupan Tentang Aku

"Semua penulis akan mati,
hanya karyanya yang akan terus abadi.
Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan
dirimu di akhirat nanti."
[Saidina Ali bin Abi Talib]



Let's Chat!

Photobucket


Followers


Thank You


TeRima Qada & Qadar Dia

Assalamualaikum...

Kenapa kita masih tak yakin akan qada dan qadar??
apa yang kita fikirkan? apa yang kita meragukan?
sedangkan segala ketentuan Dia telah tetapkan buat kita
dan kita sendiri tahu kan bahawa sesungguhnya
sebaik-baik keputusan adalah datang dari-Nya..

Situasi 1"Kenapa aku dapat result macam ni? Aku dah berusaha, aku dah study giler2 tapi still result aku macam ni !
                minah tu study rilex je tapi result gempak, yang aku ni study bagai nak rak tapi result aku teruk ! Semua soalan aku jawab, aku yakin dengan jawapan aku tu tapi kenapa result aku macam ni?! "

Siapa je yang tak pernah hadapi situasi macam tu kan, aku rasa mostly pernah jadi kat diri kita. So, ape yang korang buat bila jadi macam tu?
adakah korang salahkan takdir?
korang salahkan Allah?
korang give up? or
korang rasa nak bunuh diri? *kalau sampai tahap bunuh diri, tu dah parah dah..hahahha *

Yes, aku faham..faham sangat perasaan tu sebab aku pon penah jadi macam tu..
banyak yang aku fikir, kenapa aku dapat macam tu, sedangkan aku tau aku boleh buat tapi still dapat keputusan yang tak setimpal dengan usaha aku dan aku pernah down disebabkan hal ni..
Tapi bila aku fikir2kan balik, layak ke aku nak salahkan takdir ni?
aishhh...macam2 la yang aku fikir.
dan alhamdulillah...
aku dapat mengatasi perasaan ni..
dan aku dapat terima qada dan qadar yang telah ditetapkan untuk aku.

Kalau korang jenis yang cepat down, kornag kena cari kawan2 yang memahami korang dan pandai dalam bab2 bagi nasihat or bagi dorongan kat korang, tapi kalau korang mampu motivate diri korang sendiri
tu lagi bagus ! orang2 yang macam ni sangat susah nak jumpa sebab orang yang macam ni sangat kuat hatinya =)
Ok..kalau korang takde kawan yang boelh motivate diri korang, why not korang rajin2 kan diri tu untuk baca buku2 yang ada kata-kata semangat tak pon kalau korang malas nak beli buku, korang search je kat google banyak sangat yang korang boleh jumpa !
"hendak seribu daya, taknak seribu dalih"
macam medium yang kita boleh gunakan tapi itu semua terpulang pada diri kita.
Masing-masing ada rezeki masing-masing, mungkin bukan rezeki kita untuk dapat result macam tu mana lah tau kita dapat result yang bagus time lain, mungkin untuk exam yang akan datang. Pecayalah kalau korang redha dengan apa yang korang perolehi, in shaa Allah rasa kecewa tu tidak akan berpanjangan. Ikhlaskan hati menerima apa jua yang terjadi. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambanya.
Mungkin kita rasa itu adalah yang terbaik untuk kita, tapi pada Allah ianya sebaliknya. 
Siapa kita untuk pertikaikan ketentuan-Nya?
Kita hanya hamba-Nya yang sangat hina..
Namun sehina-hina kita Allah sangat mengasihani hamba-hambanya..
Allah tu Maha Penyayang..
janganlah kita berburuk sangka pada-Nya, ada sebab kenapa kita diuji sebegitu..
Trust yourself, Belive Allah !

p/s "Manusia memang suka emosi negatif menguasai diri,
sejenak kemudian baru sesali"
-Hami Asraff-