Langkah Kehidupan Hamba Allah
This is me



Kembara Kehidupan Tentang Aku

"Semua penulis akan mati,
hanya karyanya yang akan terus abadi.
Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan
dirimu di akhirat nanti."
[Saidina Ali bin Abi Talib]



Let's Chat!

Photobucket


Followers


Thank You


Cinta-Mu, menemukan kami dengan 'Cinta'


Assalamualaikum...

Tahajud Cinta Nisa dan Bisikan Syurga..
dalam masa setengah hari aku berjaya menghabiskan 2 buah novel islamik.
Alhamdulillah..
banyak ilmu yang aku dapat..
kisah kehidupan 2 wanita yang berlainan kisah..
dan memang tak rugi aku beli, sangat best !! :D

Tahajud Cinta Nisa..
seorang wanita yag tegar, kuat dan tabah
hatinya penuh dengan cinta Illahi
bibirnya sering dibasahi dengan zikrullah..
matanya sering menangis kerana khilaf-khilafnya yang dulu
tidak pernah berhenti memohon keampunan
sering ikhlas menerima takdir hidupnya
sekali gus ikhlas dalam menerima cinta 'halal' nya..
menjadi seorang anak yang taat kepada ibu bapanya
menjadi seorang penuntut yang tidak pernah kenal erti lelah
menjadi seorang sahabat yang rendah hati dan disenangi oleh teman-temannya
sehingga dicemburui oleh teman-temannya kerana kecantikan peribadinya..
dan menjadi seorang isteri yang setia dan taat pada suaminya seperti Zainab Al-Kubra
di penghujung kesabarannya, akhirnya Allah mengurniakannya sebuah keindahan dan
kebahagian buat dirinya.


Bisikan Syurga..
Gadis kacukan, sangat cantik, solehah, tawaduk dan seorang hamba yang
ikhlas dalam menghadapi ujian hidupnya..
menjadi anak kebanggaan keluarganya..
seorang kakak yang tidak pernah terputus kasih sayangnya terhadap adik-adiknya
menjadi pelajar tokoh pelajar kerana sikap kerendahan hatinya,
tidak mudah melatah dengan herdikan dan cacian dari keluarga mahupun teman-temannya
mengorbankan cintanya demi menjaga hati teman baiknya
dan akhirnya dia menemui sang pejungga hatinya
yang sentiasa membisikkan puisi indah kepadanya
yang sentiasa menemaninya melihat keindahan ciptaan-Nya
dan sang pangeran yang merawat luka hatinya..
p/s: " terimalah dengan penuh kerelaan apa yang Allah berikan kepada mu,
nescaya kamu akan menjadi manusia yang paling kaya"