Langkah Kehidupan Hamba Allah
This is me



Kembara Kehidupan Tentang Aku

"Semua penulis akan mati,
hanya karyanya yang akan terus abadi.
Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan
dirimu di akhirat nanti."
[Saidina Ali bin Abi Talib]



Let's Chat!

Photobucket


Followers


Thank You


Bila Kau Berduit..

Assalamualaikum...

Bila kau berduit kau boleh beli apa saja !
Bila kau berduit kau boleh beli orang lain untuk menindas kelemahan orang lain !
Bila kau berduit kau boleh musnahkan impian orang lain !
Bila kau dah berduit kau boleh hacurkan masa depan orang lain, 
sehingga mereka merana, sehingga mereka sendiri berdiam diri !
Bila kau dah berduit kau lupa dunia orang lain, kehidupan orang lain dan penderitaan orang lain !
Bila kau dah berduit kau akan tamak untuk miliki semuanya !
tapi tidakkah kau ingat bahawa siapa yang Pemberi rezeki kepada kau?
tidakkah kau ingat siapa yang berkuasa atas muka bumi ini?
hahahaha..sudah tentu kau lupa hakikat itu !
kau dah dikaburkan dengan mata wang
kau dah tertipu dengan nikmat duniawi ini..

TAPI.. 
hanya seperkara aku ingin ingatkan kau
sekelip mata saja nikmat hidup mu itu boleh hilang sekelip mata !
saat itu jangan kau menunding jari pada sesiapa
saat itu jangan kau melalak satu dunia
dan saat itu jangan kau lupa untuk kembali sujud kepada Pencipta mu..
p/s: "Harta  jika diletak sebagai alat ,
ianya jadi PENYELAMAT, 
tapi jika ianya jadikan sebagai matlamat,
ianya akan membawa MUDARAT."