Langkah Kehidupan Hamba Allah
This is me



Kembara Kehidupan Tentang Aku

"Semua penulis akan mati,
hanya karyanya yang akan terus abadi.
Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan
dirimu di akhirat nanti."
[Saidina Ali bin Abi Talib]



Let's Chat!

Photobucket


Followers


Thank You


HARI PERINGATAN NAKBAH PALESTIN

Assalamualaikum...


NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal negara Palestin secara terancang dengan bantuan British dan PBB.

Inilah Palestin. Tanah saudara kita yang tidak pernah henti dari titisan darah dan tidak pernah sunyi dari deru semangat juang. Sungguh, mereka tidak jauh. Malah mereka dekat. Umpama jiran, kerana Palestin berada di Benua Asia.

Ya, selama 65 tahun mereka dijajah. Namun kini mereka tidak lagi berjuang sendirian. Umat Islam di seluruh dunia semakin terbuka mata dan sedia untuk membantu. Dimulai dengan negara Turki diikuti dengan negara lain, kini Malaysia pula yang menyahut seruan perjuangan ; untuk bersama Palestin. Bantuan dan rombongan kemanusiaan dihantar dari masa ke masa, dalam menyatakan sokongan pembebasan negara kiblat pertama umat ini.

Islamlah yang tertinggi, tiada yang tinggi selainnya. Pembebasan buat tanah barakah itu pasti. Cuma, adakah tangan-tangan dan jiwa kita membantu ke arah pembebasan bumi al-Quds itu ?

Berbanggalah jika anda sudah menjadi salah seorang manusia yang membenarkan hadith Rasul saw ; "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain." (HR. Bukhari dan Muslim)
Sahabat-sahabat.
Jangan pernah lupa saudara-saudara kita di Palestin.
Jangan pernah lengkang doa kita untuk mereka.
Jangan pernah rasa berat menangis untuk mereka.
Sahabat-sahabat.
Ini bukanlah lagi isu keagamaan.
Tapi ini adalah satu isu kemanusiaan.
Moga Allah perkuatkan mereka berjuang di sana..

p/s: "Palestine dying to Live"

cc: Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) Mesir