Langkah Kehidupan Hamba Allah
This is me



Kembara Kehidupan Tentang Aku

"Semua penulis akan mati,
hanya karyanya yang akan terus abadi.
Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan
dirimu di akhirat nanti."
[Saidina Ali bin Abi Talib]



Let's Chat!

Photobucket


Followers


Thank You


Surat daripada Gadis Kecil di GAZA !

Assalamualaikum...

Allah di manakah ibuku?
duri-duri pasir mengaburkan semua kehidupan,
Allah di manakah ayah ku?
hamparan pasir nan luas, seolah-olah menutup mata.

Allah, diman aku harus berdiam?
ditutup sebuah benteng yang kukuh,
menahan rasa lapar dan lilitan perut,
berapa sisa umur ku? katakan...

Sendiri dalam sepi..
Allah, aku mahu berlari mengejar matahari,
dengan langkah kaki dan gapai angkasa,
langkah ku terhenti di hadapa genang air keruh,
aku pandang wajah lesu ku di cerminan air tenang,
mengikis semua kerut-kerut kehidupan.

Allah.. Allah.. Allah..
masihkah ada temat untukku,
Gadis Palestine di dunia ini?
seandainya ada, dimana?
mengapa tanah ku hancur?
mengapa? mengapa harus Palestine?
Allah..
"Gadis Kecil Di Pinggir Gaza" sebuah buku karya Wardina Safiyyah Fadlullah..
dari buku ini aku mulai mengerti mengapa pihak Zionis ingin tanah Palestine,
buku ini menceritakan suasana di sana..
seorang anak kecil yang diberi nama "Palestine", dia diuji dengan kehilangan
ibu serta dua orang saudaranya. Sedikit pun dia tidak meratapi kematian keluarganya,bohong ku kata kan dia tidak menangis tapi tangisannya hanya dia sahaja yang mendengar sehingga ada seorang insan menegurnya kerana sedikit pun dia tidak meraung, menangis seperti
anak kecil lain yang kehilangan keluarga mereka.

Palestine hanya berkata, "Mengapa pula saya harus bersedih seperti kamu dan mereka semua, sekiranya saya sendiri pun tidak pasti seminit selepas ini ataupun pada esok hari, saya masih bernyawa ataupun tidak.
Bahkan, seandainya esok saya mati sekalipun, pasti ibu dan saudara saya ini tidak akan menangis. Seandainya nyawa seseorang itu umpama telur di hujung tanduk, apakah dia mahu membebankan perasaanya dengan meratapi nasib diri, sedangkan dia sendiri pasti keadaan dirinya tidak selamat? "

jawapan yang aku sendiri tersentak, yang aku sendiri tidak terfikir jika aku berada di tempatnya. 
Sungguh keperibadiannya sangat ku kagumi.

Ayahnya seorang tentera Hamas, sanggup meninggalkan keluarga tersayang di Gaza demi berjuang untuk melindungi bumi Palestine. Palestine sanggup menghadapi tentera zionis untuk bertemu dengan ayahnya
yang sekian lama terpisah, degan perasaan rindu yang teramat sangat dia berjuang untuk bertemu ayahnya
untuk menyampaikan pesanan ibunya. Didikan dari ayahnya mebuatkan dirinya menjadi seorang kanak-kanak yang kental dan tabah menghadapi ujian dari-Nya.

"Sekiranya pada suatu masa nanti peperangan ini benar-benar berakhir, dan berlakunya pula perdamaian
antara Israel dan Palestine, maka itu menunjukkan kiamat akan berlaku." Pesanan ayah Palestine yang
sering kali dia pegang.

Sungguh ku katakan, jika kalian sendiri mebaca buku ini pasti air mata kalian tidak berhenti mengalir,
timbul keinsafan, naiknya semangat ingin membantu mereka di sana dan itulah yang aku alami.
Carilah buku ini, baca dan hayati setiap isi kandungannya. Hanya ini saja yang dapat ku kogsikan dengan kalian, apakah yang akan terjadi dengan Palestine?
Adakah mereka dapat bertemu?
adakah bumi Palestine dapat di selamatkan?
semuanya terjawab dalam buku "Gadis kecil di Pinggir Gaza".
p/s: "Mengapa Tuhan,
orang yang baik pergi dahulu,
bukan orang jahat seperti aku?
Mengapa Tuhan, Mengapa?