Langkah Kehidupan Hamba Allah
This is me



Kembara Kehidupan Tentang Aku

"Semua penulis akan mati,
hanya karyanya yang akan terus abadi.
Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan
dirimu di akhirat nanti."
[Saidina Ali bin Abi Talib]



Let's Chat!

Photobucket


Followers


Thank You


Terawih Sendirian??

Assalamualaikum...

Adakah anda melakukan solat sunat terawih?
Alasan :

1- saya terlalu sibuk dengan kerja, tak sempat nak pergi ke masjid/surau untuk solat terawih.
2- Penatlah, dengan baru lepas makannye senak perut nak solat banyak-banyak.
3- Tak sempat laa..lagipun saya berbuka kat luar dengan kawan-kawan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alahai..tu semua alasan !!
Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Hendak seribu daya, taknak seribu dalih.
Islam itu mudah dan Allah takkan sesekali merugikan hamba-hamba-Nya untuk meraih pahala terutama sekali dibulan yang mulia ni !

Solat Sunat Terawih ni bukan sahaja boleh dilakukan secara berjemaah malah kita boleh lakukan secara sendirian, di waktu kelapangan kita dimana semua urusan yang menghalang kita ke masjid telah pun diuruskan maka lakukanlah solat sunat terawih ini. 
Rugi rasanya jika kita melepaskan peluang ni, lagipon solat sunat ni hanya ada pada bulan Ramadhan sahaja!
jadi apa salahnya jika kita ambil kesempatan dibulan yang mulia ini untuk melatih diri kita untuk melakukan amalan-amalan sunat. In shaa Allah..bila kita dah terbiasa melakukan solat sunat, manalah tau berakhirnya bulan yang mulia ni kita jadi terbiasa buat solat sunat di malam hari, siapa yang untung? kita juga yang untung!

Dan hari ni aku nak share dengan korang semua,bagaimana caranya untuk solat sunat terawih secara sendirian :


Soalan:  
saya ada dua soalan 

1 ) Bagaimana nak buat solat taraweh bersendirian?

2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)

Jawapan:

1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap tentang solat terawih, sila baca di blog Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/).

Wallahu a’lam.