Langkah Kehidupan Hamba Allah
This is me



Kembara Kehidupan Tentang Aku

"Semua penulis akan mati,
hanya karyanya yang akan terus abadi.
Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan
dirimu di akhirat nanti."
[Saidina Ali bin Abi Talib]



Let's Chat!

Photobucket


Followers


Thank You


Dunia Sastera Tiada Sempadan !

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..
akhirnya segala apa yang aku resahkan selama ini
selesai juga akhirnya pada hari ini
syukur alhamdulillah..
kerana aku berpeluang berkecimpung dalam dunia Sastera.

Pada awalnya aku hanya terlibat sebagai peserta sahaja
tapi tidak sangka pula aku berpeluang ke peringkat
semi final dalam Program Bakat Siswa Satu Malaysia 2013
anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
bayangkan aku dari Universiti yang berlatar belakangkan Teknikal
boleh terlibat ke dunia sastera ini.
Ye..aku tau dunia sastera ini luas dan bukan sahaja untuk pelajar bahasa
malah pelajar sains, ekonomi, it ada je terlibat dalam bidang ini
namun, aku tidak sangka aku akan terlibat dalam program sebegini.
Program bakat siswa ini sebenarnya bertujuan untuk memilih
bakat terbaru bagi Esei kritikan buku sastera.
Bayangkan, kau perlu kritik buku ahli karyawan yang TERHEBAT !
apa yang aku nak kritik?
apa yang kau nak tulis?
dan ape yang kau nak melalut dalam esei tu !?
Esei sastera kot !
nukan esei karangan sekolah tu !
susunan ayat, susunan bahasa kau perlu betul, perlu hebat !
bagi menampakkan lagi kau tu sedang mengkritik buku "sastera" !

Seriously, aku cakap !
esei kritikan ni bukan sesuatu perkara yang mudah
yang boleh kau hentam kromo je !
kau perlu tulis sebagai kau itu adalah pelajar universiti
susunan ayat kau melambangkan kau adalah pelajar universiti bukan pelajar sekolah !
namun, aku tetap bersyukur dengan bantuan pensyarah pengiring ku iaitu Dr.Hanipah
akhirnya aku berjaya menyiapkan esei kritikan sastera sebanyak 15 halaman sahaja.
15 halaman tu pon sangat seksa untuk aku siapkan.
sampai aku tak tido 2 malam semata2 nak siapkan esei tu,
tu la akibatnye jika kita buat kerja last2 minute -.- (tu memang silap aku)
okay, lepas aku siapkan esei tu dan dah di hantar
kini tibalah untuk aku perbentangkan kertas kerja kajian aku tu.
aku bentang pada 9 November 2013.
haa..kes bentang ni pon satu hal jugak !
korang ingat senang ke nak bentang !
bahasa pon kena jaga tau, tak boleh guna bahasa pasar !
dan yang pasti ni bentang kertas kerja bukan bentang cara debat atau pidato, okay !
tapi aku bentang ikut dan aku jee..main tibai jaa..hahha
aku mana pernah bentang kertas kerja, takat bentang depan pensyarah dalam kelas tu ape la sangat
tu just present macam biasa je..tapi yang kali ni serius lain !
kena guna bahasa baku, guna perkataan2 sastera..
alahai...memang aku pelajar bahasa kan u___u
tapi aku tetap cuba, aku anggap ianya sebagai satu cabaran buat aku.
dan alhamdulillah..
aku berjaya laksanakannya walaupon aku tak berjaya ke peringkat akhir.
Terima kasih banyak2 kepada En.Shahrul sebab beri peluang dan percaya pada aku
untuk terlibat dalam program ini.
tak lupa jugak kepada family teater aku yang datang ke sana untuk beri sokongan
walaupon aku tak ke final, namun kalian tetap sudi datang,
terima kasih banyak2 =')
dan pengalaman paling best sekali, aku dapat kawan baru !!
Nurin namanya, cantik, lembut, comel je orangnye !
Pelajar dari UTP dan paling best sekali dia pon budak teater kat UTP.
macam2 la kami tukar2 cerita dan yang paling kelakar
tak semena-mena aku TERkenal dengan kawan2 dia sekali
tapi okay ape !
kawan2 dia semuanya happy go lucky !
friendly tu yang penting =)
hopefully..
persahabatan kita kekal selamanya even tak pernah jumpa kawan2 nurin tu..
biarlah dunia maya menjadi tali persahabatan kita, cewahhh !

see you next story,
XoXo !
p/s: "Selagi ianya bernama kehidupan,
selagi itu kehidupan kita penuh pementasan dan drama"